Kisahnya lantas menjadi inspirasi terutamanya buat anak-anak muda yang mempunyai mental yang sihat untuk turut melanjutkan pengajian ke menara gading dan berjaya dalam kehidupan.

Menerusi akaun Facebook yang dikenali sebagai Dear Depression Diary, lelaki itu tampil berkongsi kisahnya.

Menurut lelaki yang tidak dikenali identitinya itu, kematian bapanya akibat kanser pada tahun 2013 merupakan titik tolak kepada masalah depression and anxiety yang dialami sehingga meragut kehidupan sehariannya.

Ketika menuntut di tahun kedua, lelaki ini sudah mula berjinak-jinak mencederakan diri sendiri.

Dia disahkan menghidap Obsessive Compulsive Personality Disorder dan Major Depressive Disorder.

Dia sering mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri di sebuah hospital.

Biarpun mengakui bergelut dengan suara yang menyuruhnya membunuh diri, namun lelaki itu berjaya mendapatkan Anugerah Presiden pada tahun ketiga pengajiannya.

Dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 3.93. Kejayaan lelaki itu mampu membuktikan kepada dunia bahawa penyakit yang dialami tidak menghalang seseorang untuk menggapai kejayaan.