Bagaimanapun baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan Orang Laut mengerumuni sebuah bot yang membawa pelancong di perairan Pulau Tetagan, Semporna.

Mereka dilihat berebut-rebut untuk mendapatkan makanan yang dibawa pelancong berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengatakan, pelancong tersebut menjadi mangsa seolah-olah mereka dirompak.

Ekoran itu, seorang wanita dikenali sebagai Amirah tampil menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku ketika itu.

Amirah menceritakan bahawa pelancong itu memang membawa bekalan makanan untuk diberikan kepada kumpulan Orang Laut terbabit.

Sebelum tiba ke lokasi itu, dia sudah memaklumkan kepada pelancong tersebut bahawa Orang Laut agak agresif dan akan berebut-rebut jika diberikan makanan.