Gambar tersebut menjadi bualan kerana penampakan kelibat seorang kanak-kanak pe­rempuan berambut panjang yang bagaimanapun tidak kelihatan dalam video walaupun dirakam di lokasi sama.

Semasa video dirakam, seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek paras bahu dan berbaju merah jambu kelihatan teruja menaiki permainan kereta api di sebuah pesta ria di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sementara itu, dalam gambar yang dirakam pula, kelihatan seorang kanak-kanak berambut panjang duduk di depan gerabaknya walhal ia kosong sebelum ini.

Video serta gambar tersebut dimuat naik di laman Twitter oleh @iqinnordin pada 25 Disem­ber lalu.

Dalam tweetnya, Iqin me­minta netizen membandingkan perbezaan yang terdapat dalam video serta gambar berkenaan yang diperolehi daripada saudaranya.

Tweet yang dimuat naik Iqin itu mendapat lebih 7,800 retweet dalam tempoh 12 jam selepas dimuat naik.