Kenderaan pertamanya, Perodua Kancil telah dilancarkan pada Ogos 1994.

Syarikat itu menghasilkan kereta mini serta supermini. Modelnya berbeza dengan segmen pasaran Proton.

Perodua Myvi ialah kereta segmen B yang dihasilkan sejak tahun 2005.

Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion atau Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu.

Kereta Myvi menjadi kenderaan terlaris di Malaysia selama tujuh tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2013. Perodua tidak mereka bentuk atau mengendalikan komponen utama mereka seperti enjin dan transmisi.Komponen kereta tersebut asalnya direka oleh Daihatsu.

Daihatsu memegang 20 peratus pegangan saham dalam Syarikat Perodua tetapi meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2001 dan 35 peratus pada 2004.

Perodua berjaya menjual 207,100 kereta pada tahun 2016 yang merupakan rekod jualan tertingginya.

Pada masa kini, pemegang saham di Perodua termasuklah UMW Corporation (38%), Daihatsu Motor Co. (20%), Daihatsu (Malaysia) (5%), MBM Resources (20%), PNB Equity Resource Corporation (10%), Mitsui & Co. (4.2%) dan Mitsui & Co. (Asia Pacifik) (2.8%).