Lebih memeranjatkan lagi, isi durian tersebut dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM25 bagi satu kilogram.

Difahamkan, peniaga itu, Mohd. Izzuwan Ismail, 30, membuka gerai durian itu di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan Changlun.

Menurut Mohd. Izzuwan, dia mendapat idea untuk menjual durian yang ditimbang tanpa kulit beberapa bulan lalu selepas beberapa kali terbeli durian buruk.

“Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati.

“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian buruk, orang lain pun sama saja. Mungkin ada yang menyumpah-menyumpah peniaga durian,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia berjaya menjual 200 biji durian.

Sikap jujur Mohd. Izzuwan menjadikan gerainya kini menjadi buruan ramai terutama peminat durian di utara tanah air.