Gadis tersebut yang hanya dikenali sebagai @jijibonk berkongsi, dia sebelum ini sudah berhabis beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan produk kecantikan daripada farmasi, namun kesemuanya tidak berkesan untuknya.

Setelah berputus asa dengan itu, dia mula menghasilkan sendiri masker daripada bancuhan tepung pulut bersama air.

Bancuhan tersebut kemudian disapukan pada seluruh wajah dan dibiarkan sehingga kering sebelum dibasuh.

Hasilnya, wajah gadis itu semakin berseri, kulit lebih anjal dan kesan merah-merah pada wajahnya semakin pudar.

“Ia selamat untuk dilakukan sekerap mungkin dan dalam masa tiga bulan, kulit saya menjadi sehalus kulit bayi,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Sehingga kini, tips kecantikan tersebut sudah mendapat lebih 10,000 perkongsian di Twitter.