Menurut gadis kelahiran Kuala Terengganu ini, biarpun kadang kala perasaan sesal bermain di benak fikirannya, namun pada masa yang sama dia turut berasa gembira apabila pekerjaan tersebut membolehkan dia keluar daripada kepompong kemiskinan dan hidup mewah tanpa perlu berusaha keras.

Menceritakan pengalaman hidupnya sebagai pelacur kelas atasan, menurut Aina, sebaik tiba ke agensi pekerjaan yang menawarkannya jawatan eksekutif pemasaran, seorang wanita yang mendakwa sebagai pengurus sumber manusia membawanya bertemu seorang perunding imej bagi mengubah penampilan ‘desanya’.

“Saya merupakan seorang gadis kampung. Membesar di kampung menyebabkan lebih selesa berbaju kurung setiap hari.

“Ketika melanjutkan pengajian di menara gading, saya ditempatkan di kampus cawangan yang terletak di Sarawak. Jadi saya kurang didedahkan dengan fesyen semasa sehinggalah bekerja dengan syarikat ini,” jelasnya.

Menurut Aina lagi, sebelum dibawa bertemu perunding imej, dia diheret ke sebuah gedung beli- belah. Pada waktu itu, pengurus sumber manusia yang dikenali sebagai Elin, 35, memaksanya mencuba pakaian-pakaian seksi yang tidak pernah disarungkan ke tubuh gebunya sebelum ini.

“Saya bertanya kepada Elin adakah menjadi satu keperluan untuk berpakaian seksi.

“Elin kemudian menjelaskan kepada saya bahawa itu merupakan tuntutan kerja yang perlu dilakukan oleh seorang eksekutif pemasaran. Lebih-lebih lagi apabila mereka perlu sentiasa kelihatan cantik untuk menarik perhatian pelabur,” jelasnya.

Kerja malam

Alasan yang diberikan majikannya membuatkan Aina akur. Penampilan Aina bertukar 100 peratus. Daripada seorang gadis yang ayu berbaju kurung, Aina bertukar menjadi gadis kota berpakaian seksi dan kelihatan sungguh sofistikated.

“Saya mula pelik apabila syarikat ini turut menyediakan sebuah apartmen dan hanya beroperasi pada waktu malam. Pada hari pertama bekerja, saya ditugaskan untuk bertemu dengan seorang pelanggan di sebuah hotel mewah di Kuala lumpur.

“Kata mereka, pertemuan tersebut hanya sekadar sembang kosong dan saya hanya perlu bersetuju dengan apa yang dikatakan.

“Pada malam itu, saya bertemu janji dengan seorang lelaki berusia awal 50-an bergelar Datuk. Dia seorang yang begitu ramah. Kami hanya berbual kosong dan tiada satu pun berkaitan perniagaan. Dari meja makan, dia kemudian mengajak saya ke bilik hotel. Di situ, saya sudah berasa tidak sedap hati,” jelasnya.

Menurut Aina lagi, setibanya di bilik, lelaki tersebut menyuruhnya untuk menanggalkan pakaian. Disebabkan terlalu takut dan panik, Aina sempat menendang kemaluan lelaki tersebut sambil menjerit dan melarikan diri.

Malang nasib Aina apabila dia ditangkap oleh Elin dan beberapa orang lelaki bertubuh sasa sewaktu bertembung di lobi hotel berkenaan.

Elin kemudian menghantar semula Aina ke bilik lelaki tersebut.

Hamba seks

“Tanpa kerelaan hati, saya menyerahkan mahkota kewanitaan saya kepadanya. Luluh hati saya apabila mengenangkan apakah perasaan ibu dan ayah di kampung.

“Keesokan paginya, Elin dan lelaki bertubuh sasa mengambil saya di hotel sebelum mereka mengurung saya di sebuah apartmen yang turut didiami oleh beberapa orang wanita cantik lain. Di situ, barulah saya tahu bahawa pekerjaan yang ditawarkan rupa-rupanya sebagai pelacur kelas atasan,” jelasnya.

Menurutnya, nasibnya tidak seburuk rakan-rakan wanitanya yang lain. Lelaki tua yang dikenali sebagai Taufik menidurinya pada malam itu mengambil keputusan untuk membelinya dengan harga RM50,000 daripada bapa ayam tersebut.

“Bermulalah episod saya menghambakan diri kepada Taufik. Kata Taufik dia kasihan kerana mengenangkan saya masih lagi suci. Bagaimanapun, itu tidak akan sesekali mengubah dirinya untuk menikahi saya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya hanya perlu melayan Taufik sahaja. Dia bukan sahaja memberikan saya sebuah apartmen mewah di tengah ibu kota, malah memberikan kereta selain wang kocek bulanan sebanyak RM20,000.

“Itu belum dicampur lagi dengan kemewahan-kemewahan lain yang diberikan. Kini, sudah hampir lima tahun saya menjadi hamba seks kepada Taufik.

“Biarpun begitu, saya sedar Taufik akan melepaskan saya pergi jika dia mendapat pucuk baharu. Justeru bersempena dengan tahun baharu, saya berazam untuk memperbaiki diri dan mencari pekerjaan yang halal,” jelasnya.

Gadis kelahiran Kuala Terengganu dijadikan sebagai hamba seks seorang ahli perniagaan sejak lima tahun lalu selepas ditipu agensi pekerjaan yang menawarkan jawatan eksekutif pemasaran kepadanya.