Aktiviti perniagaan utama mereka ialah pengeluaran, pemasaran, jualan kenderaan jenama Isuzu serta enjin diesel.

Ia juga mempunyai beberapa anak syarikat seperti Anadulo Isuzu, Sollers-Isuzu, SML Isuzu, Jianxi Isuzu, Isuzu Astra Motor Indonesia, Isuzu Malaysia, Isuzu Britain, Isuzu Afrika Selatan, Isuzu Filipina, Isuzu Motors Taiwan, Isuzu Vietnam dan Isuzu Motors India.

Kesemua anak syarikat itu bekerjasama dengan rakan niaga dari luar negara seperti Turki, Rusia, China, Indonesia, Filipina, Taiwan, Vietnam dan India.

Isuzu mempunyai kilang pemasangan dan pembuatan di Fujisawa, Tochigi serta Hokkaido.

Kenderaan jenama Isuzu dijual di seluruh dunia.

Tumpuan utama Isuzu Motors ialah trak, bas, pembinaan dan pengkomersialan kuasa diesel.

Pada tahun 2009, Isuzu telah menghasilkan lebih daripada 21 juta enjin diesel yang dijual di seluruh dunia.

Enjen diesel Isuzu digunakan oleh berpuluh-puluh pengeluar kereta terkemuka dunia seperti Ford Motor dan Renault, Nissan serta Mitsubishi.

Sejarah Isuzu Motors bermula pada tahun 1916 apabila Tokyo Ishikawajima Shipbuilding and Engineering Co. Ltd. merancang kerjasama dengan Tokyo Gas and Electric Industrial Co. untuk membina kereta.

Langkah seterusnya diambil pada tahun 1918 apabila kerjasama teknikal dengan Wolseley Motors Limited dimulakan.

Mereka menghasilkan hak eksklusif pengeluaran dan penjualan kenderaan Wolseley di Asia Timur.

Pada tahun 1922, kereta penumpang pertama dihasilkan di Jepun iaitu model Wolseley A9, kemudian diikuti penghasilan CP trak dua tahun selepas itu.

Pada tahun 1933, Ishikawajima Automotive Works bergabung dengan DAT Automobile Manufacturing Inc. yang menukar namanya kepada Automobile Industries Co. Ltd.

Produk-produk daripada syarikat ini dipasarkan dengan nama Sumiya serta Chiyoda.

Selepas itu, ia dijenamakan semula sebagai Isuzu pada tahun 1934.

Perkataan Isuzu bermaksud lima puluh loceng jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Peribahasa Melayu

8

Anak harimau diajar makan daging

Maksud: Orang zalim yang diberi perangsang untuk membuat aniaya

Anak harimau diajar makan daging

Gagak lalu punggur rebah

a

a

a

a

a

a

a