Gadis berasal dari Indonesia itu terkenal dalam laman perkongsian gambar, Instagram bukan hanya kerana kecantikan yang dimiliki, tetapi terkenal kerana keunikan dirinya yang mempunyai tatu pada wajah.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen mengenai gadis tersebut yang kerap memuat naik status berunsur keagamaan walaupun dia mempunyai tatu yang besar pada wajah.

Difahamkan, gadis tersebut yang dikenali sebagai Iska dahulunya merupakan seorang pengikut kumpulan Punk dan menjalani kehidupan yang terpesong jauh dari landasan Islam.

Bagaimanapun, gadis itu akhirnya telah bertaubat dan kembali berhijrah ke jalan Allah dengan menjadi manusia yang lebih baik.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik dalam akaun instagram miliknya banyak dihujani dengan kata-kata semangat dan pujian oleh pengguna lain yang meminta agar dia sentiasa istiqamah untuk menjadi seorang muslimah sejati.