Iklan berdurasi 30 saat itu ditayangkan pada 28 Jun lalu itu tetapi dikritik kerana memaparkan penampilan seorang model kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun bernama Ella Gross yang didapati tidak sesuai dengan usianya.

Sejak iklan itu dilancarkan, warga Korea Selatan telah memberikan pandangan bahawa penampilan model kanak-kanak tersebut kurang sesuai berdasarkan solekan, pakaian dan gayanya yang dianggap memberi gambaran seksual.

Kontroversi mula tercetus apabila kebanyakan komen mengkritik reaksi wajah dan gaya model kanak-kanak itu yang dikatakan agak keterlaluan sehingga boleh mengundang gambaran seksualiti masyarakat di negara tersebut.

Ekoran kontroversi yang tercetus itu, pihak Baskin-Robbins telah menarik semula tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada netizen di Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar berbahasa Inggeris, Korea Times, Baskin-Robbins mengatakan bahawa pihaknya telah mendandani Gross dengan solekan sederhana sesuai dengan usianya dan juga memakaikan pakaian daripada jenama khusus untuk kanak-kanak.

Gross yang dilahirkan pada tahun 2008 pernah menjadi viral sebelum ini kerana memiliki wajah yang cantik dan dikatakan mirip seperti salah seorang anggota kumpulan popular, Blackpink iaitu Jennie.