Perkongsian tersebut tentang seorang anak kelahiran Johor iaitu Husin Kasim yang kini menetap di Taiping.

Setiap hari, lelaki tersebut akan membersihkan kawasan pejalan kaki di sekitar Jalan Ong Saik tanpa mengambil upah satu sen pun.

Husin bekerja sebagai penjual sayur dan kini tinggal bersama ibunya yang sudah uzur.

Selain membersihkan kawasan pejalan kaki itu, Husin juga akan membetulkan ikatan tali kain rentang yang ada di sekitar bandar Taiping kerana dia tidak suka melihat kain rentang yang longgar.

Husin tidak mengenakan upah untuk kerja-kerja yang dilakukan, namun sekiranya ada individu yang ingin menghulurkan wang kepadanya, dia menerimanya dengan ikhlas.

Tindakan Husin dipuji dan netizen semua berpendapat Husin sewajarnya dijadikan contoh.

Seorang netizen, William Chua meninggalkan komen dan memuji Husin kerana kesudiannya membersihkan laluan pejalan kaki di bandar pelancongan itu tanpa mengharapkan sebarang upah.

“Terima kasih Encik Husin. Keranamu Taiping menjadi bersih. Teladan yang baik untuk kita belajar,” tulisnya.