Menerusi laman Twitternya, Fazri menerangkan, selaku guru pendidikan khas, beliau harus sentiasa mencari pendekatan berbeza dan menarik agar murid-murid istimewa itu tidak cepat bosan ketika sesi pembelajaran.

Bagi menghargai sentuhan tangan anak didiknya itu juga, beliau sanggup berjalan mengelilingi sekolah sambil mengenakan pakaian tersebut.

“Baju ini adalah sangat bermakna kerana ia dihasilkan oleh 10 orang murid dan mereka mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan rekaan baju tersebut.

“Saya sudah berjanji kepada murid untuk memakai baju kemeja hasil lukisan tangan ini sekiranya mereka mampu menyiapkannya pada masa yang ditetapkan,” katanya.

Kisah yang dikongsikan oleh Fazri mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna laman sosial. Rata-rata mereka memuji hasrat murni guru tersebut.