Dadah ketamin dan heroin masing-masing seberat 114kg dan 766kg itu ditemui dalam 37 guni putih tertera perkataan Pakistan Natural Iodine Salt dalam dua buah kontena di sebuah bangunan yang diserbu.

Ketua Pengarah JKDM Malaysia, Datuk Seri T.Subromaniam berkata, serbuan ke atas premis itu dilakukan oleh sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada pukul 11.30 malam sebaik mendapat maklumat awam.

Menurut beliau, seramai 18 suspek membabitkan 10 warga Pakistan, empat warga Indonesia dan empat warga Myanmar berusia 18 hingga 50 tahun ditahan.

Tujuh daripada suspek memiliki dokumen perjalanan manakala baki 11 suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.