Para remaja itu bergambar di kawasan lopak air bagi menunjukkan tanda protes terhadap pihak berkuasa tempatan yang tidak memperbaiki jalan raya yang berlubang-lubang di daerah Batumarta, Ogam Komering Ulu, Sumatera Selatan.

Bagaimanapun, aksi yang ditunjukkan oleh remaja itu telah mengundang rasa lucu dalam kalangan pengguna laman sosial ekoran gaya yang dipamerkan mereka sangat unik dan menarik.

Salah satunya ialah gambar yang menunjukkan sekumpulan remaja sedang memancing ikan di dalam sebuah lopak air berlumpur di jalan tersebut. Selain itu, terdapat juga aksi seorang remaja perempuan dilihat berkubang di dalam lumpur.

Antara yang menarik perhatian ialah aksi sekumpulan remaja bertempiaran lari ketika sedang memancing kerana sebuah kereta melalui jalan tersebut.

Gambar-gambar lucu itu telah mengundang rasa geli hati dalam kalangan pengguna laman sosial dan memuji kreativiti yang ditonjolkan oleh para remaja berkenaan yang dilihat menegur secara halus pihak berkuasa tempatan supaya segera memperbaiki jalan tersebut.