Karya fotografi yang berjaya dirakam oleh seorang jurugambar, Atan Mukris itu menyentuh hati netizen kerana hasilnya cukup memukau selain sarat dengan penceritaan.

Selepas duduk di pusara, tangan kecil itu mula ditadah dan memanjatkan doa kepada Ilahi.

Kemudian, kanak-kanak itu mengeluarkan sekeping surat yang tertulis ‘Ibu sayang kamu, jaga diri baik-baik.’

Himpunan gambar tersebut nyata memberi impak besar kepada masyarakat tentang erti kehilangan. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja mengetahui betapa pilu dan sunyi hidup tanpa insan tersayang, lebih-lebih lagi seorang ibu.

Namun, Atan memberitahu, foto tersebut sebenarnya merupakan lakonan dan dibuat bagi berkongsi rasa sedih akibat kehilangan insan tersayang.

Koleksi itu ternyata mendapat pujian netizen.

Biarpun tanpa sepatah perkataan, impaknya cukup besar.