Bagaimanapun, berbeza bagi seorang gadis, Alyssa Zainal apabila dia mengambil keputusan untuk menyambut hari jadinya seorang diri di sekitar ibu kota dan berkongsi di laman sosial.

Siapa sangka, perkongsian tersebut mendapat pujian daripada netizen sehingga ada yang berhasrat untuk meniru perbuatan tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Alyssa memulakan sambutan hari lahirnya dengan membeli sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada dirinya sendiri.

Alyssa kemudian bersiar-siar dan menikmati sepotong kek percuma sempena hari jadinya di salah sebuah kafe di Pasar Seni.

Menurut Alyssa, dia meneruskan sambutan hari lahirnya dengan mengunjungi Balai Seni Negara untuk melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan sambil mengambil beberapa keping gambar.

Gadis tersebut mengakhiri hari istimewanya itu dengan menonton teater.

Perkongsian Alyssa di akaun Twitter miliknya ini menjadi tular dan mendapat lebih 500 perkongsian di laman sosial.