Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan telah menjumpai reptilia itu yang bersaiz agak besar dan merakamkan gambar bersama haiwan tersebut sebelum dilepaskan semula ke sungai.

Namun, aksinya itu mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan gadis tersebut.

Gadis itu bagaimanapun menjelaskan perkara sebenar kepada netizen yang tidak henti-henti mengecamnya.

“Aku jumpa dia (buaya), ambil gambar dan terus lepas dia kat sungai,” menurut gadis tersebut menerusi akaun Facebooknya.

Beberapa hari kemudian, gadis tersebut dipercayai telah memadam status dan foto tersebut daripada akaun Facebooknya.