Disebabkan itu juga, tidak hairanlah jika Amir (nama samaran) menjadi kegilaan Nurul (nama samaran) iaitu ibu tirinya sendiri. Lebih memeranjatkan, ketampanan wajah yang dimiliki oleh remaja berusia 20 tahun ini menyebabkan dia digoda oleh Nurul.

Biarpun pada mulanya Amir mengakui agak trauma dan malu dengan kelakuan tersebut, namun dia akhirnya menjadi terbiasa dan ketagih untuk dibelai wanita berusia 30 tahun itu.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk mereka akhirnya terbongkar selepas bapanya, Anuar menyaksikan sendiri aksi jijik isteri dan anaknya itu.

Oleh kerana terlalu marah dan kecewa, Amir hampir ditikam oleh Anuar. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana sempat melarikan diri.

Peristiwa tersebut menyebabkan hidupnya kini tersisih. Menceritakan kembali kisah silam itu, menurut Amir, hubungan sulit antara dia dan ibu tirinya, Nurul bermula selepas bapanya disahkan menghidap penyakit diabetes dan lemah tenaga batin.

Nusyuz

“Saya merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ibu dah ayah berpisah ketika saya berumur lapan tahun kerana sifat baran ayah yang suka memukul dan mencederakan ibu.

“Disebabkan tidak tahan dilayan seperti binatang, ibu akhirnya lari meninggalkan kami.

“Malang bagi kami dua beradik apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada ayah dengan alasan ibu berkelakuan nusyuz.

“Sejak dari saat itu, bermulalah kehidupan kami bersama nenek,” jelasnya.

Menurut Amir, seperti kanak-kanak lain, dia dan adiknya membesar dengan penuh gembira walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu.

Ketika Amir berusia 16 tahun, ayahnya dinikahkan dengan Nurul yang pada waktu itu berusia 26 tahun.

“Kami bersyukur kerana diberikan ibu tiri yang bukan sahaja cantik, tetapi sangat penyayang. Nurul melayan kami seperti anak kandungnya sendiri.

“Apa sahaja yang diinginkan, pasti akan ditunaikannya tanpa sebarang rungutan,” jelasnya.

Biarpun begitu, keharmonian yang dimiliki keluarga Anuar tidak bertahan lama. Kehidupan mereka diuji selepas Anuar disahkan menghidap diabetes dan lemah tenaga batin.

“Pada waktu itu saya baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ayah dikejarkan ke hospital selepas pitam dan tidak sedarkan diri.

“Mujur tiada apa-apa buruk yang berlaku. Ayah disahkan menghidap diabetes kronik. Keadaan tersebut menyebabkan dia ditahan untuk bermalam di hospital selama tiga hari untuk pantauan lanjut,” jelasnya.

Hanyut

Menurut Amir, sepanjang ketiadaan ayahnya, Nurul sudah mula berani mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Bermula dengan hanya mengurut tangan, perbuatan tersebut berlanjutan sehingga ke ranjang.

“Malam itu, saya terlena dalam belaian Nurul. Dia cantik dan pandai menggoda.

“Walaupun perasaan bersalah kerana meniduri isteri ayah menguasai diri, namun ia hilang kerana hawa nafsu.

“Malam itu, Nurul mengakui dia tidak lagi menerima nafkah batin kerana ayah mengalami masalah lemah nafsu syahwat sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Menurut Amir, adegan tersebut berulang seminggu kemudian ketika ayahnya di tempat kerja.

“Selepas dua kali terlanjur, kami sering mencari peluang untuk melampiaskan nafsu.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari kami melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai remaja, sudah tentu saya seronok dan ketagih kerana dapat mencuba sesuatu yang baharu,” jelasnya.

Benar kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hubungan terkutuk Amir dan Nurul terbongkar selepas Anuar berjaya menangkap mereka ketika sedang memadu kasih di dalam kamar beradunya sendiri.

“Suasana rumah yang aman bertukar menjadi kecoh. Ayah menumbuk dan menerajang saya seperti dirasuk.

“Dalam keadaan separuh bogel, saya sempat keluar melarikan diri menaiki kereta. Dari jauh, saya dapat melihat ayah mengejar di belakang dengan sebilah parang,” jelasnya.

Ternyata, insiden yang berlaku tiga tahun lalu itu meninggalkan kesan yang mendalam buat Amir.

“Walaupun ibu sudi menerima saya, namun saya malu dan jijik dengan kelakuan sendiri.

“Menurut adik, pada malam kejadian, ayah telah menceraikan Nurul dengan talak tiga. Jika dapat diundurkan masa, saya begitu berharap kejadian ini tidak akan berlaku,” jelasnya.

Amir menyesal selepas hubungan terkutuknya dengan ibu tiri terbongkar sehingga dia akhirnya disisihkan keluarga.