Kem ini menjadi simbol 
ke­sengsaraan hidup sekumpulan umat Islam dalam era moden.

Bahasa yang dituturkan berlainan daripada kita tetapi wajah dan air mata yang mengalir di pipi setiap kali cuba menuturkan kata menjadikan penderitaan yang dialami mereka dapat difahami dengan mudah.

Bidikan lensa yang dirakam oleh jurugambar Kosmo!, MOHAMAD HAFIZ JOHARI yang berkesempatan ke Bangladesh baru-baru ini menceritakan segala-segalanya.

Lolos daripada cengkaman tentera Myanmar, syukur masih dapat berlindung di negara jiran. Namun, hidup dengan penuh kedaifan sebagai pelarian di negara orang merupakan ranjau yang terpaksa direntas.

Kisah mereka di kem itu plotnya hampir sama. Suami dibunuh, dirogol tentera, anak kehilangan ibu, isteri kehilangan suami, cedera ditembak, diseksa dan bermacam lagi bentuk penganiayaan yang dilalui hanya kerana mereka dilahirkan sebagai etnik Rohingya.

Rohingya, merekalah manusia yang dilupakan. Adakah satu hari nanti bangsa yang dipanggil Rohingya itu akan lenyap dari muka bumi ini?

Kita sebagai insan bertuah di Malaysia perlu berterusan membantu etnik Rohingya agar kewujudan mereka diiktiraf di Myanmar.