Selari dengan gelaran sebagai stesen TV Islam Terbaik Asia menerusi Asia Halal Brand Awards (AHBA) dan misi mengetengahkan elemen Rahmatan Lil Alamin yang membawa maksud pembawa rahmat ke seluruh alam, baru-baru ini TV Alhijrah telah memperkenalkan tiga lagi rancangan baharu sebagai medium hiburan berinformasi kepada penonton.

Bukan dibikin secara rakaman, menariknya rancangan baharu yang menemui penonton sejak 1 November lalu itu dibawakan secara langsung kepada penonton di studio dan di rumah, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Ilmu pengetahuan

Ironinya, untuk mengendalikan sesebuah rancangan bual bicara secara langsung pada setiap hari bukanlah suatu hal yang mudah. Sebaliknya, ia memerlukan persediaan dari pelbagai aspek seperti ilmu pengetahuan dan persediaan fizikal seseorang pengacara.

Bercakap hal berkenaan, pasangan pengacara untuk Slot 10 Malam menerusi rancangan berjudul Sila Duduk Jangan Lari, Farah Adeeba dan Abu Talib Husin memberitahu, ia merupakan tugas paling mencabar sepanjang pengalaman pengacaraan mereka.

Masakan tidak, selain ditayangkan pada waktu malam iaitu bermula pukul 10 malam, ia juga diterbitkan setiap hari Isnin hingga Khamis selama satu jam.

Terdahulu, program Sila Duduk Jangan Lari merupakan idea yang tercetus sempena kata-kata tular pernah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V secara berseloroh kepada semua ahli Parlimen sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat sekitar bulan Julai lalu.

Program berkenaan memaparkan bual bicara melibatkan pelbagai isu semasa dalam negara seperti agama, kekeluargaan, ekonomi dan hiburan yang dibawakan secara santai, humor, interaktif dan provokatif.

“TV Alhijrah sangat berani untuk menampilkan rancangan secara langsung setiap hari dengan konsep yang berbeza, tidak sama seperti rancangan bual bicara lain. Ia merupakan tugas mencabar, jadi saya menolak semua tawaran pengacaraan lain demi fokus kepada program ini.

“Memandangkan tajuk yang dibincangkan dalam setiap episod tiada sempadan dan halangan untuk dibincangkan oleh setiap panel jemputan, jadi ia boleh terbang bebas ke mana sahaja.

“Sebagai pengacara, cabaran kami adalah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang meluas untuk mengawal program, tambahan pula tiada skrip akan diberikan sebagai panduan,” kata Farah Adeeba memulakan bicara.

Bersetuju dengan perkara tersebut, rakan pengacara Farah iaitu Abu Talib memberitahu, rancangan baharu berkenaan turut boleh dianggap memecahkan tradisi untuk sesebuah program bual bicara.

Menurut lelaki yang mesra dengan panggilan Talib itu, terdapat seorang panel yang digelar sebagai King akan duduk bersama penonton. King akan bertindak sebagai pengkritik yang dibenarkan bersuara lantang ketika program berlangsung.

“Kami akan menjemput panel dan King yang berbeza untuk setiap episod. Misalnya, kami menjemput seorang ahli politik, tetapi tidak akan berbicara isu politik, sebaliknya mengetengahkan sisi lain ahli politik. King pula akan bertindak mengkritik jika tidak bersetuju dengan hujah panel undangan.

“Ia memang dilihat seperti akan mewujudkan elemen drama dan konflik seperti pertelingkahan fahaman, di sini pengacara perlu memainkan peranan agar pada akhir rancangan akan wujud elemen positif yang boleh diserap penonton,” katanya.

Tambah Abu Talib lagi, biarpun topik perbincangan berkait isu semasa, namun mereka ditugaskan untuk menyampaikannya secara santai bagi memudahkan kefahaman penonton. Penuh optimis lelaki itu memberi jaminan, unsur humor berkenaan bukan lawak slapstick atau aksi yang boleh memalukan orang.

“Kekuatan program ini terletak pada kejujuran topik perbincangan kerana ia menyentuh isu yang begitu dekat dengan rakyat. Bagi saya, rancangan ini memudahkan penonton faham dengan perkara bersifat intelektual yang banyak menggunakan terma asing,” kata Talib.

Panel jemputan

Cabaran berbeza pula dihadapi bagi pengacara Slot 10 Malam iaitu Syafinaz Yunus untuk program berjudul Analisis yang bersiaran setiap hari Jumaat sahaja.

Program Analisis sebenarnya bermula daripada segmen khas dalam Berita Alhijrah iaitu selama 10 minit sejak dua tahun lalu. Melihat sambutan menggalakkan, ia kemudian diterbitkan menjadi program tunggal dan dilanjutkan waktu siaran selama 30 minit.

Apabila rating penonton terus meningkat naik, seiring dengan tarikan rancangan baharu, pihak TV Alhijrah kemudian bersetuju untuk menerbitkan program Analisis selama satu jam pula.

“Bukan mudah mendapatkan penonton untuk rancangan serius seperti ini. Mungkin soalan-soalan kami berhubung perkara yang dimahukan khalayak. Jadi, bermula 9 November lalu, durasinya telah dipanjangkan menjadi satu jam.

“Selain tetamu jemputan terdiri daripada pemimpin dan ahli politik di Malaysia, pembaharuan dalam Analisis kali ini adalah kami ingin mengetengahkan pemikir dan penulis muda seawal usia 16 tahun yang mempunyai idea bernas berhubung isu negara,” kata Syafinaz.

Kongsi wanita kelahiran negeri Melaka itu lagi, menjayakan rancangan secara langsung yang bersifat serius seperti Analisis, topik perbincangan bukan cabaran utama buatnya. Sebaliknya, kesudian panel jemputan untuk menerima jemputan terlibat dalam program tersebut mendatangkan cabaran besar.

Menurutnya, setiap pagi dia akan membaca apa sahaja berita yang dipaparkan di dada akhbar selain sentiasa memegang telefon tidak kira di mana berada bagi mendapatkan maklumat tambahan.

“Setiap hari pasti ada sahaja topik baharu yang sesuai untuk dibincangkan dalam program Analisis. Cuma, isunya kami berdepan dengan masalah memujuk panel jemputan untuk bersetuju membincangkan topik dalam program di kaca televisyen.

Ia memerlukan saya sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Selain perlu banyak membuat kajian, saya juga perlu mengenali latar belakang panel jemputan agar tidak nampak janggal ketika bersiaran,” katanya yang gemar menonton program bual bicara antarabangsa seperti Amanpour Talk Show dan Up Front Mehdi Hasan sebagai rujukan dalam pengacaraan.

Tenaga

Sementara itu, tugas berat juga diletakkan di bahu Azidah Mohamed. Sebagai pengacara solo, Azidah diamanahkan mengendalikan program Pink Point menerusi Slot Wanita pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 2 petang selama satu jam.

Dibahagikan kepada tiga segmen, rancangan yang membincangkan hal berkaitan wanita tersebut turut bersiaran secara langsung. Pengisiannya terdiri daripada segmen Isu Nasional, Cadangan Solusi dan Cerita Inspirasi.

“Sejujurnya, saya sangat berdebar dan tercabar sebab sebelum ini hanya mengendalikan program Assalamualaikum berganding dengan pengacara lain. Kali ini saya ditugaskan secara bersendirian mendepani tetamu jemputan dan ditayangkan secara langsung di televisyen.

“Sebagai pengacara solo, tentunya saya perlu mempersiapkan diri dengan tenaga secukupnya. Selain perlu mahir dalam setiap topik perbincangan, saya harus bertenaga sebab ia ditayangkan lima hari seminggu dan memastikan program ini sentiasa ada kelainan dan kreativiti tersendiri,” terang Azidah panjang lebar.

Membawakan Pink Point, Azidah mengakui terpaksa menolak tugas pengacaraan program lain untuk memberi fokus kepada rancangannya. Kongsinya lagi, kadangkala cuti hujung minggu juga terpaksa dicuri untuk memikirkan kelainan yang ingin dibawa ketika bertugas.

Bagaimanapun, wanita berusia 33 tahun itu tetap bersyukur kerana diberi peluang bekerjasama dengan pasukan produksi TV Alhijrah yang begitu profesional.

“Alhamdulillah, biarpun solo saya tetap bersyukur kerana pasukan produksi banyak memberi sokongan. Ia membuatkan tugas saya lebih mudah.

“Tanpa kerjasama antara pengacara dan pasukan produksi, tidak mungkin program Pink Point serta rancangan secara langsung lain boleh bersiaran dengan jayanya. Setiap kejayaan sesebuah program memang berbalik pada kerjasama dalam pasukan,” tuturnya seraya menutup bicara.

Bagi yang berminat untuk menjadi penonton program Pink Point, Sila Duduk Jangan Lari dan Analisis, sila hubungi talian 012-748 2260 untuk maklumat lanjut.

Berbaki sebulan seminggu sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai, stesen TV Alhijrah terus menyajikan rancangan baharu buat penonton setia. Dibawakan secara langsung setiap Isnin hingga Jumaat, terdapat beberapa program diperkenalkan bagi mengisi slot baharu iaitu Slot Wanita dan Slot 10 Malam.

Kapsyen:

PINK POINT. Maksud Pink Point adalah warna pink atau merah jambu dijadikan simbolik wanita yang sukakan warna berkenaan manakala point pula merujuk kepada mencari solusi terhadap isu yang dihadapi oleh kaum wanita.

RUJUKAN. Syafinaz Yunus sentiasa menonton rancangan bual bicara antarabangsa seperti Amanpour Talk Show, Up Front Mehdi Hasan dan The Ellen DeGeneres Show sebagai rujukan dalam pengacaraannya.

HUMOR. Ditugaskan membawa rancangan humor, Abu Talib dan Farah Adeeba menjanjikan untuk membawakan sisi humor yang berkualiti biarpun bukan dari latar belakang pelawak.

habis/

Program serius, Analisis bersama Syafinaz Yunus.

King yang bertindak sebagai pengkritik bebas dalam rancangan Sila Duduk Jangan Lari

Rancangan Pink Point turut menjemput panel yang terdiri daripada artis terkenal tanah air seperti Amy Mastura dan Erra Fazira.

Persembahan hiburan juga diselitkan dalam rancangan Pink Point. Gambar menunjukkan persembahan dari Sharifah Khasif iaitu seorang qariah yang terkenal.

YB Datuk Seri Saifuddin Nas yang dijemput sebagai panel dalam rancangan Sila Duduk Jangan Lari kendalian pasangan pengacara Abu Talib dan Farah Adeeba.

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)

KUALA LUMPUR 25 OKTOBER 2018 - Sesi fotografi bersama personaliti Tv Al Hijrah di Studio Utusan, di sini, hari ini.
Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah
Pemberita-Khadijah (meja hiburan utusan)/Azurin (meja hiburan kosmo)