Berlainan pula dengan para peladang di Belgium. Baru-baru ini, peladang-peladang iaitu kerjaya yang begitu sinonim dengan penggunaan traktor telah melakukan protes dengan cara yang unik.

Bangunan Berlaymont yang menempatkan Suruhanjaya Eropah di Brussels menarik perhatian ramai apabila puluhan traktor gergasi diparkir secara berderetan di depan bangunan itu bagi mewakili para peladang.

Protes itu dilakukan semasa mesyuarat menteri-menteri pertanian Kesatuan Eropah (EU) berlangsung.

Pemandangan yang agak ‘menggerunkan’ seolah-olah mengepung bangunan itu dirakam oleh lensa Reuters. Anggota keselamatan seperti askar Belgium juga dilihat memantau protes ‘senyap’ tersebut.

Sebelum para peladang meletakkan traktor masing-masing di pekarangan bangunan itu, semasa melalui jalan-jalan raya, bermacam-macam ungkapan protes ditampal pada traktor-traktor berkenaan.

Para peladang melakukan protes terhadap EU bagi menuntut urus niaga yang lebih adil agar tidak menjejaskan keluaran pertanian dan penternakan tempatan.

Ini kerana EU kini sedang mengadakan perundingan untuk kemasukan daging-daging ternakan import dari negara-negara luar EU.

“Rundingan untuk mengimport daging-daging dan perkara-perkara lain itu dari luar kesatuan menunjukkan tidak menghormati norma bangsa Eropah,” kata seorang peladang.