Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Matt Cox itu mengambil keputusan mendenda anaknya selepas kanak-kanak tersebut didapati bersalah membuli salah seorang rakan ketika berada di dalam bas sekolah.

Keadaan itu menyebabkan anaknya diharamkan menaiki bas sekolah. Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua yang dilakukan oleh anaknya pada tahun ini.

Susulan itu, Cox mendenda anaknya berjalan sejauh 8 kilometer ke sekolah pada suhu 2.2 darjah Celcius manakala dia mengekori dari belakang dengan memandu kereta.

Biar pun didenda, namun apa yang menggembirakan Cox ialah anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda protes. Sebaliknya, dia berasa gembira dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Video yang dirakam oleh Cox meraih perhatian pengguna laman sosial dan mendapat ratusan ribu perkongsian.