Dicat berwarna-warni dengan tona ungu, pink, biru, kuning dan oren terang, ia begitu menyerlah apabila disaksikan terutamanya jika dilihat dari kejauhan.

Tambah menarik, bahagian permukaannya direka daripada getah.

Itulah yang terjadi apabila jenama fesyen, Pigalle berkolaborasi bersama agensi rekaan, Ill Studio dan jenama pakaian sukan, Nike.

Sebenarnya usaha untuk mewarna dan mereka grafik pada gelanggang tersebut telah dilakukan oleh ketiga-tiga pihak terbabit sejak tahun 2009. Namun, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan rekaan dan warna terbaharu yang lebih menarik.

Projek terbaharu itu dilakukan sempena kemunculan koleksi pakaian terkini Pigalle yang bekerjasama dengan makmal Nike.

“Anatomi tubuh manusia dan prestasinya sudah sekian lama mempunyai hubungan dengan seni. Sejak legasi Yunani dan Rom, sukan dipersembahkan sebagai idea yang dominan meliputi aspek kecantikan,” kata kumpulan yang terlibat dengan projek tersebut baru-baru ini.