Apa yang menarik, koleksi patung Barbie itu yang dikeluarkan oleh syarikat permainan terkenal, Mattel, merupakan anak patung Barbie berhijab pertama di dunia.

Patung Barbie berhijab itu dikeluarkan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada seorang atlet lawan pedang dari Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad yang menjadi atlet pertama negara itu tampil dengan imej berhijab semasa temasya Sukan Olimpik Brazil 2016.

Dalam satu kenyataannya menerusi laman web rasmi Mattel, patung Barbie itu akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang termasuk sukan.

Dalam pada itu, Ibtihaj dalam satu kenyataannya menerusi status yang ditulis dalam laman Twitter miliknya memberitahu, dia akan terus memberi inspirasi kepada wanita dan remaja di seluruh dunia untuk terus berusaha mengecap kejayaan.

Patung Barbie ini merupakan sebahagian daripada koleksi ‘SHEROES’ dan akan mula dijual secara dalam talian bermula tahun hadapan.