Dua pendaki tersebut, Datuk M. Magendran dan Datuk N. Mohandas berjaya tiba di puncak gunung tertinggi di dunia yang berketinggian 8,850 meter itu masing-masing pada pukul 11.55 pagi dan 12.10 tengah hari waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia).

Selain Magendran dan Mohandas, ekspedisi tersebut turut disertai lapan lagi pendaki Malaysia menerusi Projek Malaysia-Everest ’97 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kejayaan yang dilakar kedua-dua pendaki tersebut telah menjadi pencetus semangat kepada beberapa ekspedisi mendaki Gunung Everest yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Sehingga kini, sudah ramai anak tempatan berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia itu termasuklah Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang muncul sebagai pendaki termuda dari Asia Tenggara yang berjaya tiba di puncak gunung tersebut pada 16 Mei 2004.

Seorang lagi ialah Siti Hanisah Sharuddin yang merupakan anak jati Felda Jelai 1, Negeri Sembilan.

Beliau muncul sebagai wanita termuda dari negara ini yang berjaya menakluk puncak Gunung Everest pada 23 Mei 2013 menerusi Ekspedisi Everest Felda 2013.