Menerusi rakaman berdurasi selama 10 saat itu, kelihatan seorang lelaki memakai baju-T berwarna hitam berjalan ke arah tiga lelaki lain yang sedang tidur di dalam masjid.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki tersebut dilihat mengambil sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki berbaju biru dan beredar dengan segera.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah masjid di Kuantan, Pahang telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengutuk tindakan pencuri berkenaan.

Rata-rata pengguna laman sosial berasa sangat geram dan marah apabila si pelaku berani mencuri di dalam masjid dan mendakwa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar dan memalukan.