Susulan daripada insiden tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tampil memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku.

Bagaimanapun, Isnin lalu, pengguna laman sosial dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan aksi kakitangan syarikat tersebut mencium bagasi penumpang menerusi akaun Facebook milik Mohd. Amir Izzat.

“Tidak kira berapa berat beg, kami mengendalikannya dengan ciuman dan berhati-hati.

“Kami memohon maaf atas kesilapan selama ini. Teruskan bersama AirAsia,” katanya.

Aksi mencium bagasi daripada kakitangan-kakitangan syarikat penerbangan tersebut mendapat perhatian daripada seluruh pengguna laman sosial.

Masing-masing melahirkan rasa lucu mereka tatkala melihatkan keletah ‘gila-gila’ kakitangan tersebut.