Dalam perkongsian tersebut, pemuda itu yang menggunakan akaun Twitter, Aoisora telah meluahkan rasa tersentuh selepas adiknya yang berusia 14 tahun menghadiahkannya sebuah power bank hasil ciptaan sendiri.

Menurut pemuda tersebut, dia begitu tersentuh melihat kesungguhan adiknya yang dipanggil Ayep menghasilkan power bank untuknya walaupun hasilnya tidaklah terlalu sempurna.

Bagaimanapun, peralatan yang diberi nama power bank pening itu masih boleh berfungsi dengan baik untuk mengecas telefon bimbit.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian pengguna Twitter lain yang melahirkan rasa kagum melihat kepintaran pelajar tingkatan dua itu.

Pada masa sama, netizen turut mencadangkan beberapa penambahbaikan pada power bank tersebut dan berharap agar Ayep berjaya dalam bidang reka cipta.