Jarak perjalanan dari Osmanabad ke Shirdi kira-kira 280 kilometer.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa yang maut berusia antara 25 hingga 40 tahun, manakala 16 penumpang lain mengelami kecederaan.

Mangsa yang cedera dirawat di beberapa hospital di Osmanabad dan Sholapur dan kebanyakan mangsa cedera parah.

Bas persendirian milik sebuah agensi pelancongan yang didaftarkan di Karnataka itu memulakan perjalanannya dari Hyderabad, Telangana sekitar pukul 8 malam pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 dengan membawa seramai 46 penumpang termasuk pemandu.

Seramai 13 daripada penumpang berkenaan merupakan pekerja syarikat Tata Consultancy Services yang mana sebahagian mereka adalah pelatih baharu yang baru menamatkan latihan selama tiga bulan di Hyderabad.

Pelatih berkenaan mahu mengunjungi kuil berkenaan bagi melahirkan kesyukuran selepas diterima bekerja di syarikat itu.

Sembilan daripada mereka mati dalam kemalangan berkenaan.

Mata silau

Pemandu bas berkenaan mendakwa kemalangan itu berlaku ekoran matanya silau akibat cahaya lampu daripada sebuah kenderaan bertentangan menyebabkan bas itu hilang kawalan.

Bagaimanapun, pihak berkuasda turut menyiasar kemungkinan pemandu berada dalam keadaan mabuk.

Ketika kejadian, bas berkenaan sedang menyeberangi sebuah jambatan sempit berdekatan Kampung Naldurg sebelum terjunam daripada jambatan setinggi kira-kira 10 meter itu.

Jambatan berkenaan tidak mempunyai penghadang jalan di sisinya.

Ketua Polis Osmanabad, Ravindrasingh Pardeshi berkata, bas itu terbalik sekurang-kurangnya dua kali selepas terjunam daripada jambatan.

Seorang penumpang wanita berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur semasa kejadian dan terkejut selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.
“Saya kemudian memanjat tebing untuk mendapatkan bantuan, namun tiada kereta yang berhenti.

“Kami kemudian berjalan kaki menuju ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai kejadian itu,” dakwanya.