Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu dia bukanlah seorang yang bepelajaran tinggi. Biarpun, ada ketikanya dia melakukan lebih daripada satu jenis pekerjaan pada satu-satu masa pendapatannya sering kali tidak mencukupi apatah lagi apabila berdepan kos sara hidup tinggi hidup di kota.

“Apabila berdepan kesempitan wang kami sekeluarga tidak berani menziarah saudara mara pada Tahun Baru Cina kerana kami tidak ada wang untuk diberi sebagai angpau.

“Boleh dikatakan saya sentiasa memikirkan tentang masalah kewangan yang tidak stabil sehingga saya mengalami tekanan dan pernah menghidap insomnia selama setahun,” ujarnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbeza pula kisahnya dengan seorang wanita bernama Wong Poh Shuan yang berusia 40-an yang dilahirkan dalam keluarga miskin dengan 11 orang adik beradik di Ipoh, Perak.

Apabila berkahwin dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama suami sebelum ibu kepada dua anak itu membuat keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bahagia yang diharap tetapi malang menimpa. Suaminya menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain dan menggunakan wang hasil berniaga untuk berjoli dan meninggalkan Poh Shuan terkontang-kanting.

“Saya terpaksa berhutang dan dalam keadaan bersusah payah itu saya meneruskan perniagaan tersebut di samping membesarkan anak-anak. Saya pernah menjual perkhidmatan membuat langsir dari rumah ke rumah dan mengambil masa bertahun-tahun membayar hutang.

“Situasi kehidupan yang menekan menjejaskan kesihatan saya. Saya mengalami sakit belakang dan masalah saraf. Saya turut mengalami masalah migrain yang teruk dan perkara ini turut mengganggu waktu tidur saya,” ujarnya.

Justeru, sempena Hari Ibu Bapa, pengeluar kelengkapan tidur penjagaan kesihatan Amlife membantu ibu bapa yang berdepan masalah kewangan menggunakan tilam terapi keluaran syarikat tersebut secara percuma.

Kualiti tidur

Dalam hal ini, biarpun berdepan cabaran berbeza, Chee Min dan Poh Shuan turut diberi peluang menyertai perniagaan Amlife yang mengeluarkan produk tilam terapi bukan sahaja sebagai alternatif untuk meningkatkan kualiti tidur malah menambah sumber pendapatan.

Teknologi dari Jepun itu mengetengahkan tilam berasaskan terapi keupayaan elektrik yang dapat membantu pengguna tidur dengan lebih baik dengan kelebihan termo terapi gentian karbon.

Elemen serat karbon yang diperbuat daripada sumber semula jadi iaitu arang menjadi elemen pemanasan atau terapi haba.

Dalam pada itu, Presiden dan Pengasas Amlife, Lew Mun Yee meluahkan rasa simpati berhubung kesulitan yang dialami oleh ibu bapa yang terpaksa menanggung beban kewangan disebabkan tanggungjawab yang berat terhadap keluarga sehingga boleh menjejaskan kesihatan.

Mun Yee yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan tradisional Cina berkata, sebagai seorang bapa beliau sendiri pernah mempunyai masalah sukar tidur bertahun-tahun lamanya pada masa yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk insan tersayang.

“Ramai orang membeli pelbagai jenis produk dan peralatan penjagaan kesihatan. Namun, cabaran utama ialah disiplin untuk makan atu menggunakannya.

“Kelengkapan tempat tidur Amlife memberi alternatif terapi paling asas melibatkan proses penyembuhan semula jadi badan menerusi pendekatan amalan tidur yang berkualiti tanpa ubat-ubatan dan suntikan,” katanya.

Penat

Kajian soal selidik tidur Amlife 2018 yang diumum sempena Hari Tidur Sedunia baru-baru ini mendedahkan, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia berdepan dengan satu atau lebih daripada satu masalah tidur.

Daripada jumlah tersebut 46 peratus berdepan situasi terjaga di tengah malam, 32 peratus berasa penat atau tidak cukup rehat selepas bangun pagi, 31 peratus berasa mengantuk atau tertidur pada siang hari, 29 peratus berdengkur dan 26 peratus sukar melelapkan mata.

Tambahnya, golongan ibu bapa umumnya berada pada peringkat usia mereka mengalami pelbagai isu kesihatan termasuk insomnia dan situasi gangguan tidur yang lain.

Justeru, sebagai syarikat sebuah syarikat yang memperjuangkan keperluan asas hidup asas iaitu tidur Amlife melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) khas buat ibu bapa yang benar-benar menghadapi masalah kewangan menggunakan produk tilam Amlife secara percuma.

Selain itu, hasil kerjasama syarikat tersebut dengan Persatuan Tidur Sedunia dan beberapa organisasi berprestij dalam industri teknologi tidur memberikan manfaat kepada individu yang menghadapi masalah ini.

Tahun ini, Amlife melancarkan pameran bergerak dengan menganjurkan ceramah kesihatan, bengkel, petua dan penyelesaian di negara utama Asia Pasifik khususnya Taiwan, Singapura, Indonesia dan Malaysia

Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang dengan menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Amlife di 03-8070 7616 dengan menyebut kempen CSR Hari Ibu Bapa Amlife. Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2018.