Perumpamaan tersebut sesuai untuk ditujukan kepada Siti Azlina Mhd. Halil, 30, apabila kehidupannya kini berubah 360 darjah.

Keputusannya menjadi stokis produk kecantikan Meeracle membolehkannya mengecapi kehidupan lebih selesa.

Sebelum ini, rutin harian Siti Azlina yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka itu adalah bangun seawal pukul 4 pagi untuk menghasilkan nasi lemak.

“Kehidupan saya sebelum ini biasa sahaja. Saya mengambil keputusan untuk membantu keluarga dengan menjual nasi lemak di tepi jalan berhampiran rumah.

“Mungkin bagi orang lain, pukul 4 pagi adalah waktu paling mereka lena dibuai mimpi, tapi tidak bagi saya kerana pada masa itulah rutin bagi saya meraih rezeki akan bermula,” katanya.

Tambahnya, kemudian dia akan mula menjual nasi lemak bermula pukul 6 pagi sehingga 11 pagi bagi menambah pendapatan.

Waktu itu, terdetik juga di hatinya untuk menambahkan lagi pendapatan dengan menjual produk lain.

Pada tahun 2015, ketika meluangkan masa lapang dengan melayari laman sosial Facebook, Siti Azlina terlihat satu iklan berkaitan produk Meeracle.

Tanpa membuang masa, dia kemudiannya mendapatkan produk tersebut dengan niat sekadar untuk mencuba.

Mampu dijual

“Setelah mencuba produk itu, ia amat sesuai dengan kulit dan saya berasakan produk ini mampu dijual bagi menjana pendapatan.

“Saya kemudiannya memohon dan mendaftar untuk menjadi ejen atau stokis produk Meeracle di Melaka,” katanya.

Bermodalkan sebanyak RM490, Siti Azlina diberi 10 botol produk serum Meeracle.

Kesemua 10 botol itu berjaya dijualnya dalam tempoh tiga hari.

Melihat kepada sambutan yang diterima amat menggalakkan, Siti Azlina berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemudian menambah pesanan produk tersebut.

“Saya bergantung penuh kepada akaun laman sosial Facebook sebagai platform untuk memasarkan dan mempromosikan jualan produk ini,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Kini setelah lebih empat tahun menjadi stokis produk Meeracle, Siti Azlina berpuas hati dengan pencapaiannya.

Kini modalnya meningkat kepada RM500,000 sebulan bagi membeli stok produk Meeracle.

Melalui perniagaan tersebut, dia dapat membeli rumah sendiri dan tidak perlu lagi menumpang di rumah orang tuanya.

Setiap tahun, dia telah dinobatkan sebagai stokis yang mencatatkan jualan tertinggi.

Pada tahun 2017, dia berjaya membuat jualan sebanyak RM2.2 juta dan tahun berikutnya sebanyak RM2.6 juta.

Atas pencapaian cemerlang yang dilakukannya itu, Siti Azlina telah dianugerahkan sebuah kereta mewah iaitu Mercedes Benz C300.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini. Melalui perniagaan ini saya dapat membantu keluarga dan hidup menjadi lebih senang.

“Saya juga dapat menghadiahkan ayah sebuah kereta,” katanya.

Cawangan

Sementara itu, dalam usaha untuk mengembangkan lagi jaringan pelanggannya, Siti Azlina membuka satu cawangan jualan produk Meeracle di Senawang, Negeri Sembilan pada awal bulan Julai lalu.

Siti Azlina tidak keseorangan malahan suaminya sanggup berhenti kerja untuk bersama-sama membantunya menguruskan perniagaan tersebut.

Dalam pada itu, Siti Azlina berharap wanita di luar sana jangan takut untuk terlibat dalam perniagaan.

“Suri rumah terutamanya boleh menjana pendapatan dengan menjadi ejen untuk sesuatu produk yang mempunyai permintaan di pasaran.

“Mungkin keuntungan yang diterima pada awalnya sedikit, tetapi jika dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh, saya pasti mereka akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda,” jelasnya.

Sementara itu, Siti Azlina menjelaskan, dia juga ingin membantu golongan hawa untuk menjana pendapatan bersamanya.

Katanya, mereka yang berminat boleh menjadi ejen dan stokis di bawah seliaannya.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubunginya melalui laman sosial Facebook, Miss Meeracle Lynn.