Justeru, Anzalna amat takut dan berhati-hati agar tidak sembarangan mencuba produk-produk untuk ibu hamil yang wujud di pasaran.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu hanya menggunakan produk yang dipercayai dapat memberikan manfaat terbaik yang diingini. Kerana itulah Anzalna memilih untuk menggunakan produk NR yang turut digunakan oleh ahli keluarganya sepanjang proses kehamilan.

“Saya mendengar nasihat ibu dan kakak yang menjadi pengguna setia produk NR sejak sekian lama.

“Produk NR ini sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengandung, bersalin dan berpantang. Saya yakin dengan produk NR ini kerana keluarga saya sendiri turut menggunakannya,” katanya pada majlis pelantikan duta eksklusif NR di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

NR merupakan pelopor kepada produk herba tradisional turun-temurun untuk manfaat wanita hamil dan bersalin sejak kira-kira tiga dekad lalu di negara ini.

Bagi menghargai Anzalna, 31, yang merupakan pengguna NR, MISB Resources Sdn. Bhd. telah melantik pelakon itu untuk menjadi duta bagi tempoh setahun.

Pemilihan selebriti itu yang memasuki trimester kedua kehamilan pada waktu itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional itu.

Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan, dia gembira kerana dilantik menjadi duta untuk produk NR.

“Saya menggunakan produk NR ini disebabkan saya mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

“Saya teruja kerana menjadi sebahagian daripada keluarga NR. Sekalipun NR tidak melantik saya menjadi duta, saya tetap menggunakan produk mereka,” jelasnya.

Imej

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn. Bhd., Syed Hidzir Syed Agil Barakbah berkata, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan semata-mata berdasarkan imejnya sebagai ikon wanita Melayu di negara ini tetapi aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikannya.

“Anzalna komited untuk berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarganya sejak dua generasi lalu. Kini, tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.

“Kerana itulah NR melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung-julung kalinya sejak ramuan herba ini diformulasi 30 tahun yang lalu,” katanya.

Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan variasi produk syarikat itu termasuk rangkaian Herbanika Bersalin NR iaitu set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.

Ramuan turun-temurun berasaskan herba asli dari hutan hujan tropika itu diproses menggunakan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang ditentukan Kementerian Kesihatan.

MISB merupakan syarikat utama di Malaysia yang mengeluarkan produk rangkaian herba tradisi turun-temurun melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Akar Herbaneka NR dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan MISB Resources Sdn. Bhd., Radhiah Ahmad berkata, setiap ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk NR berkualiti dan menepati piawaian pihak berwajib.

“NR sudah bertapak di Malaysia selama 30 tahun dan kami menjadi pelopor kepada produk dunia herba tradisional.

“Oleh itu, kami akan memastikan herba-herba yang digunakan mencapai kualiti yang tinggi sebelum sesuatu produk dihasilkan,” katanya.

Tambahnya, 99 peratus herba yang digunakan adalah dari negara ini sendiri.