Kelebihan tersebut menjadikan Indonesia sebagai pengeluar rumpai laut mentah berkualiti tinggi dan kering terbesar di dunia.

Pada ketika ini, pengeluaran rumpai laut jenis Eucheuma yang menjadi keperluan dunia mencecah sehingga 236,000 tan setahun namun hanya dapat dipenuhi sebanyak 145,000 tan.

Bagi rumpai laut jenis Gracilaria yang menjadi bahan utama dalam pembuatan agar-agar, bahan makanan, ubat gigi, syampu serta kosmetik pula, hanya sebanyak 48,500 tan setahun dapat dihasilkan daripada 96,000 tan untuk keperluan dunia.

Buat masa ini, pengeluaran rumpai laut kering dunia adalah sebanyak kira-kira 1.2 juta tan dan Indonesia mengeluarkan 50 peratus daripada jumlah tersebut manakala Filipina pula sebanyak 35 peratus.

Rumpai laut mentah keluaran Indonesia dieksport ke beberapa negara seperti Denmark, China, Filipina, Hong Kong, Sepanyol, Jepun dan Amerika Syarikat.

Sementara rumpai laut kering pula menjadi eksport terbesar Indonesia dengan nilai sebanyak 36 peratus daripada jumlah eksport perikanan yang mencecah 30 trilion rupiah (RM8 bilion).

Bagi rumpai laut jenis Eucheuna Cottonii pula, hampir 90 peratus mdieksport dalam bentuk cip atau tepung kerana ia hanya memberi pulangan yang kecil.

Bagaimanapun, pada tahun 2011, pemerintah Indonesia telah melaksanakan dasar untuk menghentikan eksport rumpai laut mentah secara berperingkat sehingga tahun 2014 kerana mahu menjana ekonomi tempatan dengan
menghasilkan produk keluaran sendiri.

Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah bagi bahan tersebut dan menghidupkan industri rumpai laut di Indonesia.

Kementerian Perindustrian menyokong pelaksanaan dasar itu kerana negara berkenaan hanya menikmati 25 peratus dalam pasaran tempatan manakala selebihnya dieksport dalam bentuk bahan mentah ke luar negara.

Ketua Persatuan Rumpai Laut Indonesia (ARLI), Safari Azis mencadangkan dilaksanakan penyusunan semula hala tuju pembangunan usaha rumpai laut di Indonesia.

“Ia perlu dilakukan supaya setiap kegiatan industri rumpai laut mempunyai arah tujuan dalam meningkatkan nilai tambah, mendorong dan menjadi pengantara penggunaan kepada industri produk tanpa memusnahkan pasaran eksport bahan
mentah rumpai laut.

“Pemasaran hasil produk petani rumpai laut perlu terus dibangunkan Pemerintah Indonesia mahu menghentikan eksport rumpai laut dan memberi tumpuan industri hiliran yang mempunyai nilai tambah supaya dapat memberi keuntungan
kepada golongan petani di negara itu dengan mengeratkan hubungan antara petani, pengeksport dan industri rumpai laut di dalam dan luar negara,” katanya.

Larangan eksport

Sementara itu, Wakil Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Indonesia Bidang Kelautan dan Perikanan, Yugi Prayanto berkata, beliau menyokong pelaksanaan dasar itu namun ia perlu dibuat tanpa menjejaskan keperluan industri
dalam negara.

“Pengeluaran rumpai laut Indonesia cukup banyak. Namun, eksport bahan mentah ini harus ditahan dan disekat. Keperluan industri tempatan masih kecil
 masih boleh dipenuhi,” ujarnya.

Beliau berpendapat, larangan eksport rumpai laut akan memberi kesan kepada sektor tenaga kerja malah akan mengurangkan pendapatan petani dan masyarakat.

Katanya, bagi mencapai program hiliran rumpai laut, pertukaran maklumat antara negara, perpindahan teknologi serta pelaburan perlu diambil perhatian dengan serius.

"Hala tuju industri rumpai laut harus segera dilakukan sebagai rujukan semua pihak bagi mengembangkan komoditi ini,” katanya.

Berhubung hal berkenaan, beliau mengakui pihaknya telah memberi komitmen untuk menjadi pengantara dan memudahkan pembiayaan dengan pihak bank serta pembiayaan secara inklusif dalam sektor rumpai laut.

Bahkan, beliau memberitahu, pihaknya akan mengoptimumkan program kerjasama bersama Kadin Indonesia dan pihak berkuasa perkhidmatan kewangan.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi turut memberi perhatian terhadap industri rumpai laut di Indonesia.

“Kita mahu mempromosikan rumpai laut ini daripada petani sehingga kepada nelayan, kita mahu ia dilakukan secara besarbesaran, tetapi kita akan lihat industri mana boleh menyerap.

Kita juga memerlukan banyak kilang pemprosesan rumpai laut,” kata beliau.

Ekoran daripada kenyataan itu, Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti tekad mahu melaksanakan arahan daripada Jokowi berhubung perkara tersebut.

“Buat masa sekarang, kita menghasilkan 1 juta tan, hampir 85 peratus bahan mentah dieksport. Kita akan mengeksport rumpai laut ini dalam bentuk barangan siap untuk menambah nilai produk berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. – ANTARA