Terkenal sebagai peneraju inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan dalam teknologi dapur selama lebih 50 tahun, Thermomix menggabungkan 12 alatan di dapur ke dalam satu mesin.

Antara alatan di dapur yang boleh digantikan ciri-ciri pintar Thermomix ialah menggaul, mengukus, memutar, menimbang, mengacau, memukul, mereneh dan mencincang.

Keistimewaan lain yang terdapat pada alatan ini ialah cip resipinya. Cip resipi Thermomix berfungsi sebagai buku masakan digital. Sebaik sahaja ia dipasangkan, segala kandungan resipi dalam cip tersebut akan ditunjukkan pada paparan skrin Thermomix.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat nutrisi pada skrin dan menggunakan bimbingan langkah demi langkah untuk memasak hidangan pilihan. Anda juga boleh menjadi pakar memasak tanpa bantuan pengalaman kulinari.

Selain itu, paparan sentuh berwarna yang terbina pada panel memasak juga amat mudah digunakan. Ia dibina khas untuk pengawalan yang senang, cepat dan tepat.

Pada panel memasak itu juga, terbinanya Skala Digital. Pengguna hanya perlu menimbang secara berterusan dan menambah bahan-bahan yang perlu semasa memasak. Tidak perlu menimbang secara berasingan menggunakan alat penimbang lain.

Hanya perlu menekan butang potongan berat untuk kembali ke skala sifar bagi setiap sukatan baharu.

Setiap Thermomix yang dibeli akan didatangkan di dalam kotak dengan aksesori termasuk Varoma muatan 3.3 liter untuk tujuan mengukus, sebuah bakul mereneh, kembaran memukul dan mengacau, penutup mangkuk dengan cawan penyukat serta spatula dengan cakera keselamatan.

Dengan ribuan resipi makanan yang dicuba dan diuji, pengguna Thermomix kini boleh terus berilham dan memperluaskan kreativiti dengan pelbagai jenis masakan.