Justeru, Western Digital memperkenalkan dua buah peranti storan mudah alih yang menggunakan storan SSD, iaitu My Passport Wireless SSD dan juga SanDisk Extreme Portable SSD.

My Passport Wireless SSD mempunyai satu salinan kad sentuhan untuk memudahkan pengguna mengedit dan berkongsi gambar.

Pembaca kad dengan kelajuan 65MB dan satu butang salinan yang memudahkan gambar disalin dengan cepat tanpa perlu komputer riba atau perisian tambahan.

Storan SSD juga memastikan penghantaran dan penerimaan data ke komputer riba dan Mac dengan cepat sehingga 390MB dengan sokongan USB 3.0.

Menariknya, ia hadir dengan bateri yang mampu bertahan selama 10 jam.

My Passport Wireless SSD boleh didapati di semua rangkaian penjualan produk teknologi maklumat (IT) seluruh Malaysia dan perkhidmatan online seperti Lazada, 11street dan Shopper pada harga bermula daripada RM1,099 untuk 250GB, RM1,499 (500GB), RM2,299 (1TB) dan RM3,699 (2TB).

Ia didatangkan dengan waranti selama dua tahun dan akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung Julai ini.

Sementara itu, SanDisk Extreme Portable SSD pula ialah storan SSD bersaiz kecil dan mudah dipegang tetapi dilengkapi storan digital yang cukup besar.

Bukan sahaja tahan lasak, malah ia kalis air dan habuk sekali gus membolehkan pengguna membawanya ke mana-mana sahaja.

SanDisk Extreme Portable SSD dengan waranti selama tiga tahun kini tersedia di semua cawangan IT terkemuka di seluruh Malaysia dan kedai dalam talian termasuk Lazada, 11street dan Shopee pada harga permulaan RM529 untuk storan 250GB, RM829 (500GB), RM1,699 (1TB) dan RM3,299 (2TB).