Justeru, penggemar swafoto kini boleh merakam gambar dalam pelbagai senario sempurna menggunakan telefon pintar Huawei Nova 3i.

Huawei Nova 3i adalah model yang dikemas kini daripada siri Nova 2i, namun masih mengekalkan sokongan swafoto melalui dwi-kamera hadapan.

Gambar swafoto yang dirakam menggunakan dwi-kamera hadapan 24-megapixel (MP) dan 2MP tersebut akan menghasilkan gambar yang cantik.

Untuk kamera belakang, Huawei menyertakan dwi-kamera b 16MP dan 2MP yang menghasilkan kesan yang mengagumkan

Selain itu, ciri-ciri tambahan seperti watak animasi emoji tiga dimensi dinamakan Qmoji turut disertakan bersama telefon pintar ini.

Dalam suasana orang ramai yang suka merakamkan video, siri baharu Huawei Nova ini memudahkan pengguna merakamkan video gerak perlahan 480fps ketika melakukan aksi seperti parkour atau papan selaju.

Huawei Nova 3i hadir menggunakan skrin bertakuk 6.3-inci, dijana cip pemprosesan terbaru Kirin 710 dengan memori 4GB RAM.

Ia juga disokong oleh ruangan storan dalaman 128GB bagi membolehkan pengguna menyimpan apa sahaja data.

Huawei Nova 3i ini turut hadir dengan bateri 3340mAh dan boleh dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Huawei turut menjanjikan kemas kini sokongan GPU Turbo untuk peranti ini yang akan menawarkan pengalaman permainan video lebih baik.

Bermula 28 Julai lalu, telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1,249. Ia boleh dibeli di semua rangkaian jualan Huawei, peniaga sah dan syarikat telekomunikasi utama.