Terdapat enam pencetak laser monokrom imageCLASS untuk kegunaan pejabat, pencetak semua dalam satu PIXMA A3 Office, pencetak foto semua dalam satu PIXMA dan pencetak PIXMA Ink Efficient E Series yang mampu milik dihasilkan bagi memberi pengguna pilihan pencetakan lebih mudah.

Ia juga disokong oleh ciri tanpa wayar dan kesinambungan mudah alih yang kos efisien serta berkualiti tinggi.

Selain rangkaian pencetak baharu, Canon turut memperkenalkan dua pengimbas foto rata (flatbed) CanoScan yang menawarkan keupayaan mengimbas pantas serta beresolusi tinggi kepada pengguna.

Canon berusaha untuk memberi penyelesaian pengimejan inovatif yang dapat menambah baik aspek kecekapan, mempercepatkan kerja, memberi pilihan kreatif dan pada masa sama mengekalkan kualiti output luar biasa.

Produktiviti

Rangkaian peranti baharu itu merupakan bukti usaha berterusan Canon dalam menawarkan penyelesaian yang dapat memenuhi semua keperluan tersebut dengan cara meningkatkan produktiviti dan menambah baik pengalaman pengguna.

Enam pencetak laser monokrom imageCLASS A4 fungsi tunggal dan pelbagai fungsi Canon yang baharu dapat memenuhi kehendak perniagaan kecil dan sederhana menerusi rangkaian penyelesaian pencetakan daripada keperluan pencetakan asas kepada pencetakan volum tinggi dengan kos efisien dan fungsi-fungsi menjimatkan masa.

Pencetak yang mudah digunakan itu juga direka agar sesuai diaplikasikan dalam pejabat yang mempunyai ruang kerja terhad.

Dua pencetak foto tanpa wayar semua dalam satu PIXMA baharu terdiri daripada model TS9570 membolehkan pencetakan A3 dan pencetak kompak 6-ink model TS8270 menawarkan pilihan susun atur pencetakan lebih komprehensif dan fungsi pencetakan kreatif. Kedua-dua pencetak kompak itu hadir dengan paparan skrin sentuh bersaiz 4.3 inci yang memudahkan fungsi-fungsinya diakses.

Satu ciri penting bagi kedua-dua pencetak tersebut ialah keupayaannya mencetak di atas media khas untuk menghasilkan seni hiasan kuku dengan menggunakan aplikasi Nail Sticker Creator yang baru.

Direka dengan mengambil kira keperluan pelajar dan pejabat di rumah, PIXMA Ink Efficient E4270 baharu merupakan sebuah pencetak serba boleh yang menggabungkan ciri cetakan dua halaman secara automatik, berkos rendah dan feeder dokumen automatik binaan 20 helai bagi memudahkan urusan faks dokumen pelbagai muka, imbasan serta salinan.

Versatil

Menawarkan penyelesaian yang versatil bagi ruang kerja di rumah dan pejabat, pengimbas foto CanoScan LiDE400 dan LiDE300 menampilkan kelajuan luar biasa sehingga 10 saat untuk melengkapkan satu imbasan warna dokumen A4, sekali gus meningkatkan tahap produktiviti pengguna.

Penambahan baharu ke dalam rangkaian pencetak dan pengimbas foto Canon akan membolehkan pengguna di rumah dan perniagaan kecil menikmati pelbagai pilihan ciri yang luas yang akan mengembangkan keupayaan pencetakan dan imbasan mereka melalui pilihan susun atur, kelajuan serta fungsi-fungsi kreatif baru dan telah ditambah baik.

Berteraskan evolusi dalam landskap tenaga kerja yang mobil, Canon memastikan bahawa operasi peranti itu adalah versatil menerusi ciri-ciri ketersambungan mudah alih binaan dalam.

Kebanyakan pencetak baharu itu menawarkan tetapan tanpa wayar serta keupayaan sambungan terus yang mudah, sekali gus memenuhi keperluan cetakan melalui peranti mudah alih yang kian meningkat.