Justeru, syarikat pengeluar barangan keperluan rumah, LG Electronics (LG) telah menggunakan teknologi Kepintaran Buatan (AI) dalam rangkaian produk barangan rumah keluarannya.

Barangan Keperluan Pintar menggunakan teknologi AI dikenali sebagai SmartThinQ mula diperkenalkan pada tahun 2011.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Global LG Electronics, Ken Hong, pengalaman rumah pintar menerusi produk keluaran LG seperti peti sejuk, mesin basuh dan pencuci pinggan mangkuk.

“LG Electronic komited dalam merealisasikan visi syarikat untuk memberi perubahan bermakna kepada kehidupan pengguna.

“Kami berharap menjadi syarikat peneraju pasaran dengan pengiktirafan pasaran yang luas,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Menurut beliau, produk pertama menggunakan teknologi SmartThinQ yang diperkenalkan syarikat tersebut adalah televisyen yang diberi nama LG OLED TV dan kini menjadi produk signitur syarikatnya.

“Reka bentuk yang nipis seperti dua keping wang syiling yang disusun dan boleh dipasangkan pada dinding mencipta ilusi serta menambah estetika bilik.

Membina kedudukannya sebagai peneraju dalam industri peti sejuk global, LG kemudiannya memperkenalkan peti sejuk InstaView Door-in-Door dan ruang sejuk beku LINEAR Top.

Dengan ciri-ciri unik itu, peti sejuk tersebut mempunyai kecekapan dan ketahanan tenaga yang terkemuka sekali gus memberi keselesaan dan kesegaran kepada setiap dapur pengguna.

Ia bukan sahaja mengekalkan kesegaran sayur, buah, ikan dan daging yang disimpan malah menghalang kehilangan lembapan, perubahan warna atau menyebabkan makanan menjadi lembik atau rosak.

Peralatan tersebut juga hadir dengan panel kaca yang hanya perlu diketuk dua kali bagi membolehkan pengguna melihat bahagian dalam tanpa membuka pintu sekali gus menjadikan makanan lebih sejuk dan tahan lebih lama.

Menerusi teknologi SmartThinQ, pengguna juga boleh mengawal suhu dan mengenal pasti masalah peti sejuk berkenaan menggunakan telefon pintar.

Selain peti sejuk, mesin basuh juga adalah salah satu barangan keperluan rumah yang mempercepatkan kerja mencuci pakaian.

Menyenangkan

Mesin basuh keluaran LG menggunakan teknologi TwinWash yang membolehkan dua jenis pakaian dicuci serentak.

Ia bukan sahaja meminimumkan kerosakan pakaian malah meningkatkan keupayaan mencuci serta mengurangkan masa mendobi kepada pengguna.

Ruang cucian utama dan mini boleh beroperasi secara berasingan atau serentak sekali gus membolehkan pakaian yang memerlukan tetapan yang berasingan seperti berwarna dan warna putih, biasa, saiz besar dan kecil atau pakaian untuk orang dewasa dan kanak-kanak dicuci pada masa sama.

Ruang mesin basuh utama menggunakan teknologi canggih eksklusif LG, TrueSteam menghasilkan wap bagi menembusi fabrik dan menghilangkan 99.9 peratus alahan, kedutan dan bau sambil melembutkan serta menyegarkan pakaian.

TurboWash pula meminimumkan masa pembasuhan agar serbuk cucian yang digunakan dapat meresap cepat ke dalam pakaian.

Sama seperti kelengkapan rumah lain, TWINWash juga mempunyai sambungan Wi-Fi untuk membolehkan kawalan jauh dan pemantauan perkakas dari mana-mana sahaja.

Seterusnya, bagi memberi pengalaman kulinari yang menyenangkan, LG mencipta teknologi NeoChef kepada rekaan ketuhar keluaran syarikatnya.

Teknologi unik berkenaan mampu memanaskan dan menyahfroskan makanan dengan pantas dan memudahkan pengguna menyediakan makanan sedap dan bernutrisi.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Kumpulan Jualan dan Pemasaran Kelengkapan Luar Negara Syarikat Keperluan Rumah dan Penyelesaian Udara LG, Chris Jung berkata, SmartThinQ menyediakan keselesaan kepada penggunanya.

“Selain tumpuan kepada aktiviti promosi, syarikat itu amat menitik beratkan ciri-ciri baharu yang akan memberi manfaat kepada para pengguna,” katanya.