Kelajuan menakjubkan

Game On

Honor Play adalah peranti Game On yang memberi kelebihan untuk anda menang. Peranti ini dilengkapi dengan GPU Turbo yang merupakan penemuan terbaharu dalam teknologi pemprosesan grafik untuk satu pengalaman permainan mudah alih yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pemangkin prestasi

Dengan integrasi perisian dan perkakasan, GPU Turbo memberi peningkatan dramatik kepada pemprosesan grafik untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan pantas.

Bermain dengan lebih gitu: Kecekapan GPU meningkat sebanyak 60 peratus dan penggunaan tenaga bingkai tunggal (SoC) berkurangan sehingga 30 peratus dan ia merupakan peningkatan yang luar biasa berbanding telefon jenama lain.

Bermain lebih lama: GPU Turbo mengurangkan penggunaan tenaga telefon sehingga 25 peratus sambil meningkatkan kadar bingkai purata kepada kadar penuh.

Bermain lebih lancar: GPU Turbo mengurangkan kadar getaran dan suhu peranti mudah alih untuk prestasi lebih lancar dan menyenangkan.

Honor Play

Kecekapan GPU dapat ditingkatkan sehingga 60 peratus dengan GPU Turbo

Permainan mengasyikkan

Honor Play dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaharu, Kirin 970 yang terbina dengan ciri-ciri A.I di dalamnya dan apabila digabungkan dengan pengalaman antaramuka EMUI 8.2 ia menghasilkan kuasa pemprosesan yang menakjubkan dan mampu mengurangkan gangguan disebabkan masalah prestasi dan keterlambatan.

Ciri A.I ini juga membantu memastikan prestasi Honor Play sentiasa dalam keadaan optimum dan akan bertukar secara automatik kepada mod prestasi tinggi apabila diperlukan.

Peranti ini menjanjikan 100 peratus pembukaan aplikasi lebih cekap dan cepat hasil teknologi A.I di dalamnya. Selain itu, teknologi A.I turut dapat diaplikasikan dalam kegunaan biasa yang lain seperti fotografi, mesej serta pelbagai lagi aplikasi menarik.

Honor Play

Honor Play dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaharu, Kirin 970 yang terbina dengan ciri A.I

Permainan mudah alih paling popular

Permainan mudah alih paling popular ketika ini, PUBG Mobile telah disesuaikan untuk fungsi GPU Turbo dan ia kini boleh dinikmati oleh peminat seluruh dunia. Honor Play merupakan peranti terbaik untuk memainkan permainan PUBG Mobile. Lebih banyak permainan akan disesuaikan tidak lama lagi.

A.I 4D Smart Shock

Untuk tujuan permainan, fungsi A.I Honor Play menjanjikan kelebihan berbanding peranti lain iaitu pengalaman bermain dalam mod empat dimensi (4D) dengan adanya 4D Gaming Experience with Smart Shock. Pengguna akan merasai pengalaman mengujakan seolah-olah bermain menggunakan konsol permainan video.

Bunyi menyeluruh 3D A.I

Teknologi audio Histen 3D menawarkan medan bunyi 3D ultra lebar untuk pemain. Bunyi sekeliling maya ini menawarkan pengalaman sinematik dengan tiga mod: dekat, depan dan lebar. Ini disokong oleh kedua-dua fon telinga dan fon kepala dengan kesan stereo 3D.

Kesan bunyi keliling 3D A.I ini terdapat dalam permainan mudah alih terkemuka, PUBG dan Mobile Legends.

Honor Play

Honor Play turut menjanjikan pengalaman bermain dalam mod empat dimensi (4D)

Ciri suite permainan

Honor Play juga dilengkapi dengan fungsi Game Suite iaitu fungsi yang membolehkan peranti anda menyekat sebarang notifikasi serta panggilan semasa bermain permainan di telefon pintar anda. Dengan ini, pengguna dapat bermain tanpa sebarang gangguan lantas membantu mereka untuk lebih fokus sekali gus meningkatkan peluang untuk memenangi permainan.

Pemangkin A.I

Permainan hanya permulaan untuk Honor Play. Ia adalah telefon kelas pertengahan paling pintar dalam pasaran yang menawarkan prestasi mengagumkan sama ada untuk kerja mahu pun bermain. Pengguna biasa akan menikmati keseronokan sama seperti pemain permainan daripada peranti ini yang dikuasakan oleh NPU Kirin 970.

Fotografi pintar di telapak tangan anda dengan dwi-kamera belakang dengan bantuan A.I

Dwi-Kamera 16 megapiksel (MP) +2MP Honor Play berfikir untuk anda. Ia berfungsi sebagai jurufoto profesional dan mengenal pasti secara automatik jenis suasana serta mengubah tetapan kamera sewajarnya. Apabila anda mengambil gambar, ia akan menyesuaikan dedahan cahaya dan warna untuk imej yang sempurna.

Kamera belakang berkembarnya pula mengecam 22 objek serta lebih 500 suasana dalam masa nyata dan pengesan pergerakan A.I memudahkan bidikan dengan keseimbangan yang lebih baik.

Fungsi Pengesan Pergerakan dan Pengimbang Imej A.I membolehkan anda merakam setiap detik yang diingini.

A.I Groupie memastikan setiap orang mendapat gambar yang cantik.

Honor Play

Honor Play masih mampu memberikan pengalaman fotografi terbaik dengan Dwi-Kamera 16 megapiksel (MP) + 2MP

Keseronokan mengasyikkan

“Sentiasa Hidup”

Honor Play merupakan peranti "Sentiasa Hidup" yang memberikan prestasi berkualiti tertinggi dan tahan lama. Paparan FullView , jangka hayat bateri amat panjang dan fungsi menarik lain menjadikannya peranti hiburan yang menyeronokkan untuk semua pengguna.

Skrin besar, hiburan lebih baik

Anda boleh melakukan dan menyaksikan sesuatu lebih lagi dengan paparan HD FullView 6.3 inci. Reka bentuk ini mengekalkan kerangka peranti skrin 5.5 inci yang tipikal untuk memastikan ia padan terletak di tangan anda.

Paparan tanpa bezel bernisbah 19.5:9 dengan 89 peratus skrin-ke-badan dan fungsi skrin berasingan untuk multitugas memberikan kualiti paparan yang luar biasa, sambil membolehkan anda melakukan lebih lagi dengan peranti anda.

Honor Play
Skrin lebih besar dengan Honor Play untuk kepuasan maksimum paparan telefon

 

Bertenaga sepanjang masa

Kapasiti bateri berkuasa 3,750 mAh yang besar membolehkan penggunaan untuk hiburan dan permainan yang berat termasuk lebih 15 jam penstriman video dan 135 jam main semula muzik walaupun dengan paparan FullView lebih besar.

Mod Jimat Tenaga Ultra yang menggunakan teknologi penjimatan tenaga Honor membolehkan pengguna menikmati sepenuh musim siri televisyen kegemaran mereka dengan sekali cas sahaja

Honor Play
Warna biru laut yang nampak elegan

 

Satu rekaan untuk kerja dan bermain

Reka bentuk Honour Play terdiri daripada logam kerangka tunggal atau unibody yang langsing dan halus serta boleh didapati dalam dua warna iaitu biru laut untuk mereka yang bersemangat dan dinamik atau ungu ultra violet yang merupakan warna pilihan 2018 bagi mereka yang sentiasa mementingkan fesyen dan gaya.

Peranti mengagumkan ini mempunyai rekaan estetik yang ringkas dan sesuai untuk berkerja dan bermain.

Untuk kesemua fungsi dan ciri menakjubkan yang ditawarkan oleh Honor Play ini, pengguna boleh mendapatkannya dengan harga yang amat berbaloi dan luar biasa bermula daripada RM 1,249.

Peranti ini merupakan sesuatu yang mengagumkan dan hebat ditawarkan oleh Honor Malaysia untuk peminat mereka.

Pengguna boleh bermain permainan online lebih lagi dan hanya perlu berbelanja sedikit bersama Honor Play.

Honor Play

Promosi sempena Hari Kemerdekaan oleh Honor Malaysia

 

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, setiap pembelian Honor Play, pelanggan akan menerima satu sarung telefon khas, pelindung skrin, beg lipat dan baucar PUBG (bernilai RM138) serta dua tiket cabutan bertuah.

Setiap pembelian akan melayakkan pelanggan tersebut menyertai cabutan bertuah istimewa dan berpeluang memenangi lima kad petrol bernilai RM5,000 dan 20 hadiah saguhati berupa baucar membeli-belah AEON bernilai RM200 setiap seorang.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti menakjubkan ini dari Honor Malaysia melalui hihonor Malaysia & Shopee .