Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengurangan pengambilan sodium tidak melebihi 2 gram (g) setiap hari kerana ia bersamaan 5g garam yang bakal meningkatkan tekanan darah lantas menyebabkan strok.

Penyelidik dari Institut Penyelidikan Kesihatan Populasi Hamilton Sains Kesihatan, Universiti McMaster di Kanada, Prof. Andrew Mente berkata, pengambilan garam yang rendah boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian.

Oleh itu, pengambilan garam secara sederhana adalah sangat digalakkan.

Mente dan rakan sekerjanya mendapati, pengambilan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan strok.

Namun, perkara itu berlaku di negara seperti China yang menggunakan kicap 5g sehari bersamaan 12g garam.

“Kajian kami membuktikan bahawa pengambilan sodium yang sederhana sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular tetapi akan menjadi berbahaya jika diambil secara berlebihan,” jelasnya.

Kajian itu mengukur kalium, paras natrium dalam air kencing dan potassium yang terdapat dalam buah serta sayuran bagi mengurangkan kadar strok, penyakit jantung serta kematian.