Siri Note terbaharu itu meneruskan prestasi terbaik telefon pintar jenama Samsung dengan Pen S terkini serta kamera pintar yang menggabungkan kehebatannya.

Ia direka untuk tahap persembahan terbaik dengan kuasa dan kebijaksanaan yang diperlukan oleh pengguna pada hari ini.

Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh digunakan sepanjang hari.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan dua storan dalaman iaitu 128 gigabit (GB) atau 512GB dan mempunyai ruang letak kad microSD bagi membolehkan gambar serta video disimpan sebanyak mungkin.

Telefon pintar berkuasa tinggi itu juga mempunyai pemproses 10nm bagi menyokong kelajuan rangkaian sehingga 1.2GB sesaat untuk aliran muat turun.

Bercerita mengenai evolusi Pen S, ia merupakan signatur bagi siri Note. Alat itu berfungsi untuk menulis dan melukis tetapi kini lebih banyak perkara yang boleh dilakukan.

Bersama dengan sokongan bluetooth low-energy, pengguna boleh melakukan pelbagai perkara seperti menekan satu klik untuk swafoto atau gambar berkumpulan, persembahan slide dan memainkan video.

Di samping itu, Galaxy Note9 juga dilengkapi dengan kamera pintar untuk gambar yang sempurna.

Antara ciri kamera pintar itu ialah pemandangan optimum yang mengenal pasti adegan dan subjek secara automatik bagi menghasilkan imej menakjubkan dengan warna berani serta definisi dinamik.

Tidak ketinggalan, ciri pengesan kesilapan bagi membolehkan pengguna mengetahui sekiranya ada kesilapan ketika merakam gambar.

Pemberitahu segera akan muncul di skrin telefon sekiranya imej itu kabur atau terlalu gelap.

Sehubungan itu, gabungan ciri-ciri menarik ini menjadikan kamera Galaxy Note9 adalah yang terbaik.

Ia didatangkan dengan teknologi pengurangan bunyi dan lensa dual aperture bagi melaraskan cahaya dalam apa jua keadaan.

Menariknya, Galaxy Note9 mempunyai pengecasan pantas tanpa wayar, rintangan habuk dan air.

Model itu juga mempunyai keselamatan biometrik termasuk pengimbasan cap jari, pengimbasan iris dan keupayaan wajah untuk memastikan maklumat penting selamat.

Telefon itu boleh dibeli pada 24 Ogos ini dengan pilihan warna hitam pekat (midnight black), tembaga metalik, biru laut serta Pen S berona kuning.

Harga Galaxy Note9 dijual bergantung kepada jenis storan iaitu 128GB berharga RM3,699 dan 512GB (RM4,599).

 

INFO Galaxy Note9
* Harga: RM3,699 hingga RM4,599 (bergantung kepada jenis storan)
* Mula dijual di Malaysia: 24 Ogos 2018
* Pengecasan: Tanpa wayar
* Ciri-ciri penting: - Kamera pintar, pemandangan optimum dan pengesan kesilapan