Satu daripada jenama tempatan yang menawarkan produk sedemikian ialah Lexara Beauty yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Duta Lexara Beauty, Suriyati Mohamad Nordin berkata, antara produk kesihatan yang ditawarkan syarikatnya adalah Lexara Glow Foundation dan Lexara Miss V Feminine Wash.

Menurutnya, Lexara Glow Foundation membantu wanita yang ingin tampil berseri sepanjang hari dengan membantu kulit wajah kelihatan lebih gebu, licin dan menjadikan tona wajah tampak sekata.

“Pengguna yang mempunyai kulit kering dan sensitif juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk tersebut kerana produk ini selamat untuk diamalkan.

“Ia juga tidak akan menjadikan wajah pengguna tampak bercapuk kerana produk tersebut tahan peluh dan tidak melekit. Tekstur Lexara Glow Foundation ringan dan mudah untuk disapu,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Suriyati berkata, produk bersaiz lapan gram(g) berkenaan dijual pada harga RM35 di Semenanjung Malaysia dan RM40 (Sabah dan Sarawak).

“Selain itu, ia mudah untuk dicuci kerana kita tidak mahu golongan Muslimah berasa terbeban apabila mahu menanggalkannya bagi tujuan solat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Lexara Miss V Feminine Wash pula merupakan produk penjagaan khusus bagi bahagian intim pengguna.

Menurut beliau, ia dirumus menggunakan bahan-bahan yang sinonim dengan penjagaan khusus wanita iaitu akar serapat, kacip fatimah serta ekstrak manjakani dan daun sireh.

“Pengguna yang mengamalkannya secara konsisten akan berasa nyaman dan selesa. Sebotol produk tersebut boleh bertahan sehingga dua bulan lamanya.

Ia juga dijual pada harga berpatutan iaitu RM35 (Semenanjung Malaysia) dan RM40 (Sabah dan Sarawak),” katanya yang turut memberitahu, produk berkenaan baharu menembusi pasaran tempatan iaitu pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Suriyati berkata, mereka membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi stokis dan ejen Lexara Beauty dengan modal permulaan sebanyak RM140 sahaja.

Katanya, maklumat lanjut mengenai produk mereka boleh didapati di laman Facebook Lexara Beauty Hq atau menghubungi talian 018-462 5563.