Berbekalkan azam untuk membantu golongan pengguna untuk mendapatkan produk kesihatan pada harga mampu milik, pengasas D’Bunga Beauty, Nur Hafizah Fauzi berkata, terdapat dua produk yang kini ditawarkan kepada pengguna.

Menurut beliau, satu daripadanya ialah D’Bunga 5In1 Foundation yang dijual pada harga RM35 sejak April lalu.

Beliau menjelaskan, produk tersebut mempunyai lima kegunaan iaitu sebagai asas solekan, bedak, pelembap, concealer dan menghalang sinaran ultraungu (UV).

“Pengguna akan mendapat kesannya seawal satu minit penggunaan. Selain itu, teksturnya yang halus dan berbau wangi menjadi antara kelebihan produk tersebut.

“Ia dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti, antaranya minyak jojoba, ekstrak bunga ros, serbuk mutiara asli dan aprikot,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Nur Hafizah berkata, D’Bunga 5In1 Foundation turut membantu untuk mengurangkan jerawat, jeragat dan kesan parut pada wajah pengguna.

“Produk tersebut sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita serta semua warna kulit. Ia didatangkan dalam bekas bersaiz tujuh gram (g) dan boleh bertahan antara dua hingga empat bulan lamanya, bergantung kepada cara penggunaan.

“Sejak tiga bulan lalu, D’Bunga 5In1 Foundation telahpun berada di pasaran Singapura dan Indonesia memandangkan ia turut mendapat sambutan dari pengguna di negara-negara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mereka juga menawarkan Acne Clear Soap kepada pengguna yang ingin mendapatkan produk khusus bagi mengurangkan masalah jerawat dan jeragat.

Nur Hafizah berkata, produk itu juga membantu pengguna untuk mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori, selain menegang, menganjal dan menghaluskan kulit wajah.

“Bukan itu sahaja, antara kegunaan lain Acne Clear Soap adalah ia membantu untuk mengatasi masalah kulit berminyak serta memberi kesegaran berpanjangan pada wajah,” katanya.

Ujarnya, produk yang dijual sejak Oktober tahun lalu berkenaan dijual pada harga RM25 dan didatangkan pada saiz 50g.

“Ia yang mendapat khasiat daripada bahan-bahan bermutu seperti arang hitam, vitamin C dan E itu boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita.

“D’Bunga 5In1 Foundation dan Acne Clear Soap boleh dibeli menerusi stokis dan ejen kami yang berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Hafizah berkata, D’Bunga Beauty membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produk keluaran syarikatnya.

Untuk maklumat lanjut, katanya, orang ramai boleh menghubungi talian yang disediakan.