Sunway Resort Hotel & Spa yang terletak di Bandar Sunway menawarkan pakej terbaik, Family Fun Package untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak yang menawarkan sebuah percutian lengkap di tengah-tengah bandar.

Pakej tersebut menawarkan penginapan selama dua hari satu malam sehingga enam hari lima malam pada tawaran harga bermula RM688 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak bawah 12 tahun.

Ia termasuk dengan bufet sarapan pagi dan pas masuk ke taman tema Sunway Lagoon.

Pakej tersebut ditawarkan sehingga 31 Disember tahun ini.

Komponen perkhidmatan hotel di Bandar Sunway terdiri daripada tiga buah hotel terkemuka iaitu Sunway Resort Hotel & Spa (bertaraf lima bintang), Hotel Sunway Pyramid (4.5 bintang) dan Hotel Sunway Clio (empat bintang) yang terletak di sebuah lokasi sama menawarkan pelbagai kemudahan terbaik buat pengunjung.

Kemudahan

Ia memiliki kemudahan sebanyak 1,433 buah bilik tidur, suite dan vila kolam renang yang mampu memberi kepuasan dan memenuhi kehendak pengunjung sepanjang tempoh percutian.

Bukan sekadar itu, pengunjung yang memilih untuk menetap di rangkaian hotel mewah tersebut juga boleh menikmati pelbagai kemudahan lain.

Antaranya, akses penuh ke kolam renang dengan pemandangan mendamaikan selain pusat kecergasan yang dilengkapi ruang dan peralatan bersenam.

Pembelian pakej berkenaan turut menyajikan kemudahan lain untuk pengunjung berlibur bersama keluarga di enam buah taman iaitu Taman Air, Ekstrem, Hiburan, Hidupan Liar, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon yang merupakan taman tema Nickelodeon pertama dibina di Asia.

Malah, keseronokan tidak terbatas setakat itu sahaja apabila pengunjung turut berpeluang mencuba gelongsor air terbesar dunia Vuvuzela, terjunan Bungy, simulasi sukan terjunan udara Flowrider serta Waterplexx Lima Dimensi.

Pengunjung turut berpeluang menikmati kemudahan membeli-belah di pusat beli-belah terkemuka Sunway Pyramid yang dihubungkan terus dari hotel.

Pastinya pilihan untuk meluangkan masa bercuti di rangkaian hotel Sunway Resort Hotel & Spa menjanjikan percutian yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dengan segala kemudahan terbaik pada harga berpatutan.

Bagi sebarang tempahan, layari laman web www.sunwayhotels.com dan anda berpeluang menikmati tawaran menarik mengandungi baucar makan dan beli-belah di pusat beli-belah Sunway Pyramid bernilai lebih RM2,000.