Begitupun, sesetengah pihak mengimpikan tempat penginapan berbentuk hotel yang berdekatan dengan kemudahan awam, pusat beli-belah dan tempat-tempat menarik.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Hotel Aloft yang terletak di Kuala Lumpur Sentral menjadi lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Berdasarkan lokasinya yang strategik iaitu bersambung dengan pusat pengangkutan stesen Kuala Lumpur Sentral atau KL Sentral dan bersebelahan kompleks beli-belah Nu Sentral, Hotel Aloft dianggap paling sesuai untuk didiami sekiranya anda ingin meneroka ibu kota metropolitan Kuala Lumpur.

Hal ini kerana ia berdekatan dengan kawasan perdagangan seperti Little India, Muzium Negara, Taman Burung serta Taman Tasik Perdana. Apatah lagi ia hanya mengambil masa 28 minit dari hotel ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki ERL atau Express Rail Link yang juga dikenali sebagai KLIA Express.

 

Pakej

Beralih ke ruang penginapan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi hotel tersebut, Laurine Pereira berkata, Hotel Aloft mempunyai 482 buah bilik dan suite. Begitupun, 465 buah bilik daripadanya adalah jenis Urban dan Loft.

“Terdapat dua jenis suite di Hotel Aloft iaitu Sweet Suite dan Breezy Suite.

“Bagi yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga, pakej percutian di Breezy Suite merupakan pilihan yang paling ideal,” katanya.

Tambahannya, ia lengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan.

Malah, pakej itu juga termasuk dengan satu lagi bilik Urban percuma, sarapan bufet untuk dua bilik, menjadikannya pakej yang sempurna untuk percutian keluarga.

Menurut Laurine, perhiasan bilik juga moden dan sangat praktikal. Kesemua bilik lengkap dengan sambungan Wi-Fi percuma, barangan mandian Bliss Spa, televisyen LCD 42 inci dan seni reka dalaman yang unik.

Selain itu, di tingkat paling atas iaitu di tingkat 30 terdapat sebuah kolam renang yang memberikan pandangan terindah bandar raya Kuala Lumpur sambil mendengar sentuhan muzik DJ tempatan dan antarabangsa terkemuka di Mai Bar.

Soal makan pula, Hotel Aloft menawarkan restoran Nook, sebuah tempat makan seharian yang menyajikan aneka makanan tempatan dan antarabangsa.

“Para tetamu juga boleh bersantai di WXYZ Bar sambil bermain pool atau menikmati minuman di lobi hotel,” ujarnya.

Dalam pada itu, Laurine berkongsi, terdapat juga kemudahan lain seperti re:fuel iaitu sebuah kawasan layan diri di mana para tetamu boleh mengambil makanan sihat pilihan anda.

Bagi yang mahu bersenam pula, pusat kesihatan re:charge yang dibuka 24 jam disediakan demi memenuhi kehendak para pengguna.

“Hotel Aloft juga mempunyai kemudahan dewan utama untuk penganjuran majlis-majlis tertentu serta ruang mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan teknologi canggih,” tuturnya.

Secara keseluruhan, hotel ini sangat sesuai buat pengunjung moden yang sukakan keunikan dan kelainan. Jika anda berkunjung ke KL Sentral, anda boleh menginap di Hotel Aloft.

 

INFO Hotel Aloft
* Alamat: No. 5 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur
* Jenis bilik: Breezy Suite
* Harga: RM648
* Laman web: www.aloftkualalumpursentral.com