Pernah menjadi tanah jajahan British, Hong Kong kini merupakan sebuah kota metropolitan yang pesat membangun dan mempunyai banyak destinasi untuk dilawati.

Penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke kota yang menjadi tumpuan ekonomi utama dunia itu bersama sekumpulan pengamal media pada pertengahan Ogos lalu.

Perjalanan sejauh 2,410 kilometer dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu hanya mengambil masa selama tiga jam.

Setibanya di Hong Kong, kami disambut mesra oleh seorang wakil daripada aplikasi Klook iaitu sebuah platform yang diasaskan di Hong Kong pada tahun 2014. Ia mula beroperasi di Malaysia pada November tahun lalu.

Uniknya pada percutian kali ini, telefon pintar menjadi rakan karib untuk meneroka, merancang dan menempah segala aktiviti sepanjang berada di Hong Kong.

Sebelum itu, kami dinasihatkan ke kaunter khidmat pelanggan yang turut dikelolakan oleh ejen Klook untuk membeli pas pengangkutan Transit Aliran Massa (MTR) bagi perjalanan tanpa had selama tiga hari dan tiket sehala Airport Express.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kami mempunyai beberapa pilihan untuk ke bandar seperti menaiki teksi, bas dan tren Airport Express.

Begitupun, kami memilih menaiki tren Airport Express menuju ke stesen Hong Kong kerana ia lebih mudah dan cepat untuk sampai di tengah-tengah bandar raya itu.

Dari stesen Hong Kong pula, kami menaiki perkhidmatan bas percuma untuk ke hotel penginapan yang terletak di jalan Central dan Sheung Wan.

Setelah selesai mendaftar masuk, kami meneruskan perjalanan pada hari pertama dengan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Hong Kong.

Antaranya Peak Tram, Madame Tussaunds dan Sky Terrance yang kesemuanya terletak di atas menara puncak Bukit Victoria atau lebih dikenali sebagai The Peak.

Beroperasi sejak tahun 1888, kereta api furnikular Peak Tram itu sehingga kini telah membawa berjuta-juta pengunjung ke puncak dengan landasan curam.

The Peak ialah kawasan kejiranan paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial kerana ia menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan.

Di situ, kami berpeluang menikmati suasana dingin di samping dapat melihat pemandangan Victoria Harbour dan kawasan New Territories dari Sky Terrance yang berselimutkan kabus.

Selain itu, kunjungan ke menara tersebut juga meninggalkan kenangan yang manis kerana kami berpeluang melawat muzium patung lilin terkenal, Madame Tussaunds.

Ia merupakan muzium Madame Tussauds pertama yang dibuka di Asia dan menempatkan lebih daripada 100 buah replika figura awam serta selebriti terkenal antarabangsa.

Keistimewaan

Pengalaman itu mungkin tidak dapat dirasai jika tidak membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan tiket masuk.

PENGGUNA bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan mel
Pengguna bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui aplikasi Klook.

Kami menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui aplikasi Klook.

Meskipun membuat tempahan pada hari yang sama, pengesahan pembelian dapat dibuat serta-merta.

Pada waktu malam pula, kami ke Leisurely Veggie yang terletak di Tsim Tsa Tsui iaitu sebuah restoran yang menyajikan menu makanan unik berasaskan sayur-sayuran kepada para pelanggan.

Antara menu popular di restoran itu iaitu cendawan Portobello bersama kentang putar truffle dan ia merupakan hidangan yang cukup hebat serta lazat.

Hari berikutnya, sama seperti pelancong lain, percutian ke negara yang bersebelahan dengan tanah besar China itu tidak lengkap sekiranya tidak mengambil peluang untuk mengunjungi Disneyland Hong Kong.

Di taman tema itu, kami berpeluang bermain pelbagai permainan yang menyeronokkan selain bertemu beberapa maskot watak kartun yang popular.

DISNEYLAND antara destinasi menarik yang terdapat di Hong Kong.
Disneyland antara destinasi menarik yang terdapat di Hong Kong.

Seterusnya, pada waktu petang, kami ke pelabuhan Kowloon untuk menaiki kapal layar tradisional Aqua Luna dengan menyusuri Selat Victoria selama hampir 45 minit.

Sambil menikmati hidangan minuman percuma yang disediakan, kami berpeluang bergambar berlatarbelakangkan pemandangan bangunan-bangunan yang berdiri megah di Hong Kong.

HONG KONG terkenal sebagai sebuah negara membangun dengan jumlah menara pencakar langit yang tinggi.
Hong Kong terkenal sebagai sebuah negara membangun dengan jumlah menara pencakar langit yang tinggi.

Usai berlayar, kami dibawa pula ke Flamingo Bloom yang terletak di jalan Stanley iaitu sebuah kedai minuman teh berperisa yang terkenal di Hong Kong.

Seterusnya, kami dibawa ke jalan Hankow untuk menaiki Crystal Bus dengan melalui beberapa mercu tanda seperti Temple Street, Mongkok dan Tsim Sha Tsui.

Dihiasi dengan lebih daripada 100,000 kepingan kristal Swarovski, Crystal Bus merupakan sebuah bas pelancongan dua tingkat pertama yang direka khas dengan meja makan dan terdapat restoran di atasnya.

Kami menikmati panorama Hong Kong yang cukup mempesonakan pada waktu malam apabila lampu-lampu neon mula dinyalakan untuk persembahan A Symphony of Lights.

Dinobatkan sebagai persembahan cahaya dan bunyi kekal terbesar di dunia oleh Guiness World Records, persembahan yang diadakan setiap hari bermula pukul 8 malam itu sentiasa dinantikan oleh para pelancong.

Hari terakhir di Hong Kong, kami ke Ngong Ping 360 iaitu sebuah tempat yang sangat sesuai untuk meneroka Pulau Lantau.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki kereta kabel Crystal Cabin berlantaikan kaca selama 25 minit dari Tung Chung, sekali gus membuatkan kami berasa seperti terbang ke seberang laut.

Pemandangan di destinasi itu sangat menakjubkan terutamanya patung Buddha gangsa gergasi yang menjadi daya tarikan di pulau tersebut.

MENAIKI kereta kabel Crystal Cabin di Ngong Ping 360 antara aktiviti wajib jika anda ingin meneroka
Menaiki kereta kabel Crystal Cabin di Ngong Ping 360 antara aktiviti wajib jika anda ingin meneroka Pulau Lantau.

Hong Kong menawarkan pelbagai destinasi beli-belah dari kompleks yang moden sehingga pasar lambak. Ladies Market dan Temple Street Night Market menjadi lokasi terakhir kami sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Namun, pengunjung dinasihatkan berhati-hati kerana para peniaga agak kasar dan meletakkan harga yang terlampau tinggi.

Secara konklusinya, Hong Kong sememangnya unik dengan gabungan warisan tradisional di sebalik kemegahan sebagai kota metropolitan, sekali gus menjadi satu destinasi hebat untuk dilawati.