Petikan lagu di atas adalah lagu kesukaan saya sejak dari zaman sekolah lagi. Ia mendorong saya berfikir untuk mencabar diri mengembara ke luar Malaysia.

Alhamdulillah, saya berjaya menjejakkan kaki di bumi yang popular dengan filem Kuch Kuch Hota Hai pada April tahun lalu.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pengembaraan pertama paling jauh saya bersama rakan-rakan.

Jujur tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengembara di India, namun atas faktor mahu mencabar diri dan pengaruh teman baik, saya terus membeli tiket tambang murah AirAsia ke New Delhi tanpa berfikir panjang.

Pengembaraan kami ke India selama tujuh hari enam malam merangkumi tiga destinasi utama di India iaitu Kashmir, Agra dan New Delhi.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Indra Gandhi, New Delhi mengambil masa kira-kira lima jam dan sebagai langkah penjimatan, kami memilih untuk bermalam di lapangan terbang sementara menunggu hari esok untuk meneruskan perjalanan.

Destinasi pertama kami ialah Kashmir yang terletak di utara India dan lebih dikenali sebagai Heaven of Earth.

Bagi menjimatkan masa, kami memilih pengangkutan udara sebagai alternatif ke bandar tersebut. Bagaimanapun, pelancong boleh menggunakan pengangkutan darat seperti bas.

Setibanya di Lapangan Terbang Kashmir, kami disambut mesra oleh seorang penduduk tempatan yang berpengalaman menjalankan perkhidmatan pelancongan di Kashmir yang juga pemilik rumah bot yang mesra disapa Shani.

Rumah bot adalah tempat penginapan kami sepanjang berada di Kashmir dan ia berada di tengah-tengah perkampungan air di Tasik Dal, Srinagar.

Sepanjang berada di Kashmir, kami dibawa melawat ke beberapa lokasi bersejarah seperti Pari Mahal, Shalimar Bagh serta tarikan utama iaitu festival tulip.

Pari Mahal merupakan sebuah taman yang dibina oleh Dara-Shikoh, anak lelaki sulung Raja Shah Jahan pada pertengahan tahun 1600-an. Pemandangan di taman ini berlatarbelakangkan Gunung Zabarwan dan menghadap ke Tasik Dal.

Untuk masuk ke taman ini, anda dikehendaki membayar yuran berharga 10 rupee (60 sen) untuk seorang dewasa. Jika tidak silap, ia adalah festival tulip terbesar di Asia.

Festival yang berlangsung di Indira Gandhi Memorial Tulip Garden diadakan setiap tahun sepanjang musim bunga iaitu pada bulan April.

Salji

Anda boleh saksikan bunga tulip berwarna-warni dengan bayaran 50 rupee (RM2.90) bagi dewasa.

Selain itu, kami juga berkesempatan untuk melawat Pahalgam yang menyajikan pemandangan gunung-ganang dan ladang safron yang cantik.

Cuaca di Kashmir ketika itu bersalji dan ia adalah pengalaman salji pertama saya.

Sesungguhnya ia adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Kami memilih untuk menaiki kuda padi untuk berjalan sekitar Pahalgam.

Terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar kawasan tersebut. Harga adalah berbeza mengikut jumlah kawasan yang ingin dilawati.

Satu tip daripada saya, anda dinasihatkan agar tawar-menawar ketika membeli atau memilih perkhidmatan sepanjang berada di sana, namun pastikan ia adalah berpatutan.

Destinasi kami seterusnya adalah Gulmarg yang terkenal dengan destinasi meluncur di India. Di Gulmarg, kami berkesempatan menaiki salah satu gondola tertinggi di dunia sehingga ke fasa satu yang diberi nama Koondori walaupun terpaksa beratur panjang. Kami bagaimanapun tidak berpeluang untuk ke fasa dua kerana stesen berkenaan ditutup atas faktor cuaca dan angin yang kuat.

Kami menghabiskan masa selama kira-kira sejam bermain salji dan bergambar sepuasnya ketika berada di fasa pertama stesen gondola berkenaan.

Apalah maknanya jika berkunjung ke tempat orang tidak menikmati juadah tradisional mereka. Antara juadah tradisi yang tidak dapat dilupakan ialah nasi beriani Kashmir.

Berbeza dengan beriani di Malaysia, juadah itu disajikan bersama bebola daging kambing. Makan nasinya sahaja sudah cukup enak bagi saya. Terdapat satu lagi makanan yang unik di sana. Saya tidak mengetahui nama hidangan tersebut tetapi ia dihasilkan daripada keju dan dimasak dengan kuah tomato.

Hari terakhir di bumi Kashmir, kami dibawa menyusuri Tasik Dal juga lebih dikenali dengan nama Srinagar’s Jewel menaiki perahu dihiasi kain berwarna-warni yang dikenali sebagai Shikara. Bot berkenaan merupakan medium pengangkutan utama di tasik tersebut.

Selepas empat hari tiga malam berada di Kashmir, saya dan rakan-rakan meneruskan perjalanan ke ibu negara India, New Delhi. Dari sana, kami bergerak ke Agra dengan menaiki bas untuk melawat salah satu di antara tujuh keajaiban dunia iaitu Taj Mahal.

Perjalanan ke Agra dengan menaiki bas memakan masa lebih lima jam. Di Agra, kami melawat Agra Fort dan Taj Mahal.

Seperti yang kita sedia maklum, Taj Mahal merupakan sebuah makam yang dibina oleh Raja Mughal iaitu Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Sepanjang berada di Taj Mahal, sila berhati-hati kerana terdapat ramai penyeluk saku. Pastikan beg anda sentiasa berkunci atau dizip rapi.

Jangan lupa singgah solat di masjid yang berada di sebelah Taj Mahal dan anda dinasihatkan datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan manusia.

Pengalaman saya ke India telah membuatkan saya ingin mencabar diri untuk mengembara lebih jauh.

Seterusnya saya berharap dapat menjejakkan kaki ke bumi Balkan. Doakan saya!

BERJALAN, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur diatas nikmat dan kurnianya, nilai harganya iman dan takwa bagi hamba yang setia. (Hikmah Kembara, Mirwana)

Petikan lagu di atas adalah lagu kesukaan saya sejak dari zaman sekolah lagi. Ia mendorong saya berfikir untuk mencabar diri mengembara ke luar Malaysia.

Alhamdulillah, saya berjaya menjejakkan kaki di bumi yang popular dengan filem Kuch Kuch Hota Hai pada April tahun lalu.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pengembaraan pertama paling jauh saya bersama rakan-rakan.

Jujur tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengembara di India namun atas faktor mahu mencabar diri dan pengaruh teman baik, saya terus membeli tiket tambang murah Air Asia ke New Delhi tanpa berfikir panjang saya.

Pengembaraan kami ke India selama 7 hari 6 malam merangkumi 3 destinasi utama di India iaitu Kashmir, Agra dan New Delhi.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA 2) ke Lapangan Terbang Indra Gandhi, New Delhi mengambil masa kira-kira 5 jam dan sebagai langkah penjimatan, kami memilih untuk bermalam di lapangan terbang sementara menunggu hari esok untuk meneruskan perjalanan.

Destinasi pertama kami ialah Kashmir yang terletak di utara India dan lebih dikenali sebagai Heaven of Earth.

Bagi menjimatkan masa, kami memilih untuk pengangkutan udara sebagai alternatif ke bandar tersebut. Bagaimanapun, pelancong juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan darat seperti bas.

Setibanya di Lapangan Terbang Kashmir, kami disambut mesra oleh seorang penduduk tempatan yang berpengalaman menjalankan perkhidmatan pelancongan di Kashmir yang juga pemilik Houseboat yang mesra disapa Shani.

Houseboat adalah tempat penginapan kami sepanjang berada di Kashmir dan ia berada di tengah-tengah perkampungan air di Tasik Dal, Srinagar.

Sepanjang berada di Kashmir, kami dibawa melawat ke beberapa lokasi bersejarah seperti Pari Mahal, Shalimar Bagh serta tarikan utama iaitu Festival Tulip.

Pari Mahal merupakan sebuah taman yang dibina oleh Dara-Shikoh, anak lelaki sulong Raja Shah Jahan pada pertengahan tahun 1600-an. Pemandangan di taman ini berlatarbelakangkan Gunung Zabarwan dan menghadap ke Tasik Dal.

Untuk masuk ke taman ini, anda dikehendaki membayar yuran berharga 10 Rupee (RM0.60) untuk seorang dewasa. Jika tidak silap, Festival Tulip berkenaan adalah Festival Tulip terbesar di Asia.

Festival yang berlangsung di Indira Gandhi Memorial Tulip Garden diadakan setiap tahun sepanjang musim bunga iaitu pada bulan April.

Anda boleh saksikan bunga tulip warna warni dengan bayaran 50 Rupee (RM2.90) bagi dewasa.

Selain itu, kami juga berkesempatan untuk melawat Pahalgam yang menyajikan pemandangan gunung-ganang dan ladang saffron yang cantik.

Cuaca sepanjang berada di Kashmir untuk perjalanan kali ini adalah sejuk dan bersalji dan ia adalah pengalaman salji pertama saya.

Sesungguhnya ia adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Kami memilih untuk menaiki kuda padi untuk berjalan sekitar Pahalgam.

Terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar kawasan tersebut. Harga adalah berbeza mengikut jumlah kawasan yang ingin dilawati.

Satu tips dari saya, anda dinasihatkan agar tawar-menawar ketika membeli atau memilih perkhidmatan sepanjang berada di sana namun pastikan ia adalah berpatutan.

Destinasi kami seterusnya adalah Gulmarg yang terkenal dengan destinasi meluncur di India. Di Gulmarg, kami berkesempatan menaiki salah satu gondola tertinggi di dunia sehingga ke fasa satu yang diberi nama Koondori walaupun terpaksa beratur panjang. Kami bagaimanapun tidak berpeluang untuk ke fasa dua kerana stesen berkenaan ditutup atas faktor cuaca dan angin yang kuat.

Kami menghabiskan masa selama kira-kira sejam bermain salji dan sledge serta bergambar sepuasnya ketika berada di fasa pertama stesen gondola berkenaan.

Apalah maknanya jika berkunjung ke tempat orang tidak menikmati juadah tradisional di tempat mereka. Antara juadah tradisi yang tidak dapat dilupakan oleh saya ketika berada di sana ialah Nasi Beriani Kashmir.

Berbeza dengan beriani di Malaysia, juadah itu disajikan bersama bebola daging kambing. Makan nasinya sahaja sudah cukup enak bagi saya. Terdapat satu lagi makanan yang unik di sana. Saya tidak mengetahui nama hidangan tersebut tetapi ia dihasilkan daripada keju dan dimasak dengan kuah tomato.

Hari terakhir di bumi Kashmir, kami dibawa menyusuri Tasik Dal juga lebih dikenali dengan nama Srinagar’s jewel menaiki perahu dihiasi kain berwarna-warni yang dikenali sebagai Shikara. Bot berkenaan merupakan medium pengangkutan utama di tasik tersebut.

Selepas 4 hari 3 malam berada di Kashmir, saya dan rakan-rakan meneruskan perjalanan ke ibu negara India, New Delhi. Dari sana, kami bergerak ke Agra dengan menaiki bas untuk melawat salah satu di antara 7 keajaiban dunia iaitu Taj Mahal.

Perjalanan ke Agra dengan menaiki bas memakan masa lebih lima jam. Di Agra, kami telah berpeluang melawat Agra Fort dan Taj Mahal.

Seperti yang kita sedia maklum, Taj Mahal merupakan sebuah makam yang telah dibina oleh Raja Mughal iaitu Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Sepanjang berada di sini, sila berhati-hati kerana terdapat ramai penyeluk saku. Pastikan beg anda sentiasa berkunci atau dizip rapi.

Jangan lupa singgah solat di masjid yang berada di sebelah Taj Mahal dan anda dinasihatkan datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan manusia.

Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami di bumi India selama 7 hari 6 malam. Pengalaman saya ke India ini telah membuatkan saya ingin mencabar diri sendiri untuk mengembara lebih jauh.

Seterusnya saya berharap dapat menjejakkan kaki ke bumi Balkan. Doakan saya!