Kota itu mempunyai beribu-ribu orang penduduk dan ia menjadi hab budaya serta kuasa serantau sewaktu diperintah oleh kerajaan etnik Armenia iaitu empayar Bagratid.

Namun, kota yang dahulunya megah berdiri kini berubah sepenuhnya apabila ditinggalkan dan ia seakan-akan menjadi kota hantu.

Terletak di kawasan dataran tinggi di bahagian timur laut Turki iaitu kira-kira 45 kilometer dari kota Kras, hanya runtuhan-runtuhan bangunan yang tinggal di bandar itu.

Jika anda berjalan antara runtuhan bangunan di kota yang musnah sejak 90 tahun lalu itu, hanya terdengar deru angin dari kawasan sempadan antara Turki dan Armenia.

Para pengunjung yang melawat kota Ani akan disambut dengan panorama runtuhan bangunan yang pernah dibina oleh lima empayar iaitu Armenia Bagratid, Byzantine, Seljuk, Georgia dan Uthmaniyah.

Kota Ani diserahkan kepada Rusia setelah Empayar Uthmaniyah kalah dalam perang Rusia-Turki sekitar tahun 1877 hingga 1878.

Setelah perang dunia pertama berakhir, Empayar Uthmaniyah berjuang untuk mengambil alih sebahagian besar wilayah tersebut.

Walaupun mereka berjaya menduduki Ani dan daerah di sekitarnya, wilayah itu diberikan kepada Republik Armenia yang baru dibentuk.

Daerah itu berpindah tangan buat yang kali terakhir setelah Republik Turki terbentuk.

Perang dunia

Dalam pada itu, runtuhan jambatan kuno yang terletak di atas sungai Akhurian berlaku di sempadan antara Turki dan Armenia yang selama ini berada dalam keadaan ketegangan antara kedua negara tersebut.

Kedua negara telah lama tidak bersetuju dengan pembunuhan beramai-ramai orang Armenia yang berlaku ketika pemerintahan Empayar Uthmaniyah semasa perang dunia pertama.

Pemerintah Turki memutuskan hubungan dengan Armenia pada tahun 1993 sebagai tindak balas atas konflik wilayah antara Armenia dan sekutu Turki iaitu Azerbaijan.

Walaupun ketegangan berlaku antara Turki dan Armenia yang mencetuskan banyak perbincangan mengenai kota Ani, ada usaha terus menerus daripada arkeologi dan aktivis untuk menyelamatkan runtuhan kota itu.

Para sejarah telah lama berdebat tentang pentingnya memelihara kota Ani pada abad pertengahan yang selama ini dilupakan.

Kini, kota Ani diiktiraf sebagai Tapak Warsan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sejak tahun 2011, kerja-kerja pemulihan kota itu dilakukan untuk menghalang ia hilang begitu sahaja.

Ketika zaman kegemilangannya pada abad ke-11, para ilmuwan menganggarkan populasi penduduk di kota Ani adalah sekitar 100,000 orang.

Penemuan arkeologi di tapak itu telah menemui banyak rumah, bengkel seni dan gereja yang mempunyai seni bina yang mengagumkan.

Kota itu juga dikenal sebagai Kota 1001 Gereja.

Di situ juga para arkeologi telah menemukan bukti bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40 gereja sehingga kini.

Gereja St. Gregory of the Abughamrentsis yang dibangunkan sekitar akhir abad ke-10 masih lagi teguh berdiri di kota tersebut.

Di seberang gereja itu terdapat beberapa gua yang digali di kawasan berbatu.

Para sejarawan mendakwa kewujudan gua itu lebih tua daripada kota Ani.

Gua-gua tersebut digambarkan sebagai kota bawah tanah.

Pada awal abad ke-20, beberapa gua masih digunakan sebagai tempat tinggal.

Sementara itu, di kota tersebut juga terdapat menara masjid yang masih tegak berdiri.

Empayar Seljuk telah menguasai sebahagian besar wilayah tersebut pada awal pertengahan tahun 1000-an.

Bercirikan Islam

Namun, sekitar tahun 1072, Empayar Seljuk menyerahkan sebahagian pengawasan kota Ani kepada sebuah Dinasti Islam daripada bangsa Kurdi iaitu keluarga Shaddadid.

Keluarga Shaddadid dikatakan telah membina beberapa bangunan yang bercirikan Islam seperti Masjid Manuchihr yang terletak di pinggir tebing kawasan tinggi.

Kewujudan masjid itu terus diperdebatkan oleh orang Turki dan Armenia.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa bangunan itu digunakan sebagai istana ketika pemerintahan Empayar Bagratid sebelum ia diubah menjadi sebuah masjid.

Terdapat juga individu yang membantah hujah tersebut dan berkata, struktur bangunan yang dibina adalah sebuah masjid dan ia merupakan masjid pertama Turki di Anatolia.

Pada tahun 1906 hingga 1918, masjid itu digunakan sebagai muzium untuk menyimpan barangan yang ditemui oleh ahli arkeologi Rusia, Nicholas Marr ketika dia menggali kota Ani.

Dalam pada itu, dinding kota Ani juga nyaris runtuh ketika dibangunkan pada abad ke-10.

Empayar Bagratid membangunkan dinding tersebut untuk melindungi ibu kota mereka.

Selama berabad-abad, dinding itu melindungi penduduk kota tersebut daripada pengepungan demi pengepungan oleh beberapa pasukan yang ingin menguasai kota berkenaan.

Kewujudan dinding itu adalah saksi kepada konflik berdarah yang berlaku antara Empayar Bagratid dan Bizantium serta antara Bizantium dan Seljuk.

Meskipun kota Ani pernah memiliki sejarah sebagai medan perang, runtuhan bangunan di situ juga mewakili sejarah iaitu kota tersebut menjadi saksi perubahan budaya, agama dan seni yang sangat luar biasa.