Sebaik selesai melakukan regangan badan dan mendengar taklimat yang diberikan oleh jurupandu warga tempatan, dia bersama tiga rakannya yang lain mula mengatur langkah untuk mendaki gunung tersebut dan pendakian bermula di Pos Paltuding.

Tujuan Mohd. Fitri yang bekerja sebagai wartawan sukan di sebuah syarikat akhbar di Malaysia mendaki gunung tersebut adalah untuk melihat sendiri dengan mata kasarnya mengenai fenomena blue fire ataupun api biru yang terjadi di kawah pada bahagian puncak gunung Ijen.

Pelancong yang ingin ke Gunung Ijen boleh menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor dan mendarat di Surabaya.

Dari situ, pelancong perlu menaiki kereta menuju ke Banyuwangi yang sejauh 260 kilometer iaitu memakan masa selama tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke gunung tersebut.

“Sebelum mendaki saya risau sekali. Saya bukanlah pendaki tegar dan jarang sekali mendaki gunung. Timbul rasa kegusaran dalam hati jika tidak mampu untuk sampai ke puncak gunung itu.

“Ketika memulakan perjalanan, perasaan menjadi resah kerana keadaan sekeliling yang begitu gelap dan hanya diterangi lampu suluh,” jelasnya yang kali pertama mendaki gunung.

Ketika mendaki, dia dapat merasai angin kencang dan keadaan begitu sejuk sekali.

Baru memasuki jarak sekitar 500 meter perjalanan, Mohd. Fitri sudah merasai kesukaran untuk menawan puncak tersebut.

Dengan keadaan suhu mencecah 9 darjah Celsius, rasa sejuk itu bagai menikam tubuh. Ditambah keadaan jalan yang berpasir ketika mendaki sekali gus memberi kesukaran kepada Mohd. Fitri dan rakan-rakannya.

Kereta tolak

Ketika dalam pendakian, salah seorang rakannya berhadapan masalah kecergasan untuk terus mendaki.

Akhirnya mereka terpaksa menggunakan khidmat kereta tolak yang ditawarkan oleh penduduk tempatan bagi membolehkan rakannya sampai ke puncak.

Untuk menggunakan khidmat tersebut, mereka terpaksa membayar sebanyak 600,000 rupiah (RM190).

Tepat pukul 4 pagi, Mohd. Fitri bersama rakannya yang lain sampai ke puncak Gunung Ijen.

Setelah sampai ke puncak, mereka berehat seketika sebelum turun ke kawah Ijen bagi menyaksikan fenomena api biru tersebut.

“Kami kemudiannya harus turun ke kawah Ijen bagi melihat fenomena itu secara lebih dekat. Untuk turun ke kawah tersebut kami mengambil masa sekitar 45 minit.

“Kawah tersebut dikelilingi asap menyebabkan mata saya pedih. Bau belerang juga menyelubungi persekitaran kawasan kawah. Apabila dapat melihat fenomena api biru itu perasaan saya sangat teruja dan seronok,” jelasnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum pergi ke lokasi tersebut, Mohd. Fitri hanya melihat keindahan fenomena api biru itu di internet.

Baginya, melihat dengan mata kasarnya sendiri ternyata pemandangannya begitu menarik.

Bagaimanapun, asap yang tebal membataskan masa mereka berada di dalam kawah tersebut.

Setelah puas bergambar berlatarbelakangkan pemandangan api biru, mereka kemudiannya naik semula ke puncak gunung Ijen untuk melihat pemandangan sekitar.

Kawah Ijen yang terletak di Gunung Ijen setinggi 2,799 meter dari aras laut itu merupakan antara lokasi wajib lawat kepada pelancong luar.

Gunung Ijen merupakan salah satu daripada gunung berapi yang masih aktif di Indonesia dan kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1999.

Kawah Ijen merupakan lokasi pelombong sulfur mencari batu belerang selain api biru yang kelihatan pada waktu malam disebabkan oleh tindak balas gas di kawah berkenaan.

Akibat kesan air belerang yang mengalir serta gas vulkanik yang keluar tanpa henti, ia membentuk satu fenomena semula jadi dan menghasilkan api berwarna biru.

Mohd. Fitri menjelaskan, sebaik sahaja mentari bersinar pemandangan dari puncak gunung Ijen amat mempesonakan.

“Sukar untuk diungkap dengan kata-kata melihat pemandangan kawah Ijen. Pemandangannya amat cantik.

“Kawah itu memiliki air cantik yang berwarna biru kehijauan,” katanya.

Ketika di puncak gunung Ijen, pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi.

Cari rezeki

Para pendaki juga berpeluang untuk menyaksikan penduduk tempatan mencari rezeki menggunakan tulang empat kerat mereka.

Penduduk tempatan langsung tidak gentar untuk bekerja di tempat paling berbahaya di dunia itu.

Kebanyakan penduduk di situ melombong sulfur atau belerang yang terdapat di kawah tersebut.

Bagi rakan Mohd. Fitri, Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad, 27, dia begitu kagum melihat penduduk tempatan yang tidak gentar mencari belerang walaupun terpaksa menghidu asap beracun di kawasan gunung berapi itu.

“Pekerja di situ langsung tidak menghiraukan asap tebal dan jalan yang berbatu sebaliknya mereka tekun melombong belerang.

“Sewaktu di puncak gunung, kami dapat melihat pelombong bekerja tanpa memakai kelengkapan keselamatan.

“Sebahagian pelombong memakai topeng yang agak lusuh dan selebihnya menggunakan skarf dan pakaian mereka untuk melindungi wajah masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, setiap pelombong dilihat membawa bakul berisi sulfur berwarna kuning yang berat dan kemudiannya melalui jalan yang curam untuk menjualnya.

Terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia, kawah Ijen menjadi lokasi tumpuan pelancong melihat fenomena api biru.

JAM di tangan menunjukkan pukul 1 pagi tanpa melengahkan masa Mohd. Fitri Muhamad mula melakukan sedikit reganganxnmasalah untuk terus mendaki.

Akhirnya mereka terpaksa memilih untuk menggunakan khidmat kereta roda yang ditolak oleh penduduk tempatan bagi membolehkan rakannya itu berjaya sampai ke puncak.

Untuk menggunakan khidmat tersebut mereka terpaksa membayar sebanyak RUPIAH 600,000 (RM190) bagi membolehkan kereta roda itu ditolak oleh penduduk tempatan.

Tepat jam 4 pagi Fitri bersama rakannya yang lain sampai ke puncak Gunung Ijen.

Setelah sampai ke puncak mereka berehat seketika sebelum turun ke kawah Ijen bagi menyaksikan fenomena api biru tersebut.

“Kami kemudiannya harus turun ke kawah Ijen bagi melihat fenomena itu secara lebih dekat. Untuk turun ke kawah tersebut kami mengambil masa sekitar 45 minit.

“Ketika berada di kawah tersebut bau belerang begitu kuat sekali dan mata pedih kerana keadaan di situ agak berasap. Namun apabila dapat melihat fenomena api biru itu secara dekat ia memberi satu rasa terujaan kepada saya,” jelasnya yang berasal dari Kelantan.

Sebelum pergi ke lokasi tersebut, Fitri hanya melihat keindahan fenomena api biru yang berlaku di situ hanya melalui gambar di internet.

Namun apabila dapat melihat dengan mata kasarnya sendiri pemandangannya begitu menarik sekali.

Walau bagaimanapun mereka tidak boleh lama berada di kawah tersebut berikutan asapnya yang tebal menyebabkan mata mereka pedih.

Setelah puas bergambar berlatar belakangkan pemandangan api biru mereka kemudiannya naik semula ke puncak gunung Ijen untuk melihat pemandangan sekitar.

Kawah Ijen yang terletak di Gunung Ijen setinggi 2,799 meter dari aras laut yang merupakan antara lokasi wajib lawat kepada pelancong luar.

Gunung Ijen merupakan salah satu daripada gunung berapi yang masih aktif di Indonesia dan kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1999.

Manakala, kawah Ijen merupakan lokasi pelombong sulfur mencari batu belerang itu selain api biru yang kelihatan pada waktu malam disebabkan oleh tindak balas gas di kawah berkenaan.

Akibat daripada kesan air belereng yang mengalir serta gas vulkanik yang keluar tanpa henti, ia membentuk satu fenomena semula jadi dan menghasilkan api berwarna biru di situ.

Dalam pada itu, Fitri menjelaskan, sebaik sahaja mentari bersinar pemandangan dari puncak gunung Ijen amat menakjubkan sekali.

“Sukar untuk diungkap dengan kata-kata melihat pemandangan kawah Ijen pemandangannya amat cantik sekali.

“Kawah itu memiliki air cantik yang berwarna biru kehijauan,” katanya.

Dalam pada itu, gunung Ijen bukan hanya mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik sahaja.

Malahan di situ itu juga para pelancong berpeluang untuk melihat bagaimana penduduk tempatan menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki di gunung tersebut.

Penduduk tempatan langsung tidak gentar untuk bekerja di sebuah tempat paling berbahaya di dunia itu.

Kebanyakan penduduk di situ akan melombong sulfur atau belerang yang terdapat di kawah tersebut.

Bagi rakan kepada Fitri, iaitu, Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad, 27 dia begitu kagum melihat penduduk tempatan tidak gentar untuk mencari belerang di situ walaupun terpaksa menghidu asap beracun di kawasan gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.

“Sewaktu di puncak gunung, kami dapat melihat pelombong sedang bekerja keras melakukan tugas mereka tanpa memakai kelengkapan keselamatan.

“Sebahagian pelombong itu memakai topeng yang agak lusuh dan selebihnya menggunakan skarf dan pakaian mereka untuk melindungi wajah masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, setiap pelombong dilihat akan membawa bakul berisi sulfur berwarna kuning yang berat dan kemudiannya terpaksa melalui jalan yang curam untuk menjualnya.