Menggunakan label Ma’Arab (MA) by afinaezzalizan (Ma’Arab), mereka menawarkan abaya dan jubah yang dibuat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada harga cukup kompetitif bagi pasaran tempatan.

Menurut Nur Afina Ezzalizan yang merupakan graduan jurusan Teknologi Tekstil, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, jenama tersebut telah dilancarkan pada 3 Disember lalu di Abu Dhabi, UAE.

“Walaupun pakaian signatur Ma’Arab adalah abaya hitam, kami juga ada menawarkan pelbagai warna lain dan jenis abaya yang mana ia sesuai untuk kegunaan wanita di Malaysia.

“Contohnya, abaya yang mesra ibu menyusu, mesra solat, yang berpotongan longgar bagi wanita gempal atau wanita mengandung, potongan A dan potongan umbrella yang menjadikan si pemakai tampak lebih kurus dan anggun,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Nur Afina Ezzalizan berkata, mereka menggunakan fabrik nidha dan juga likra dalam penghasilan jubah Ma’Arab kerana kain tersebut tidak panas dan sesuai untuk cuaca di Malaysia.

Katanya, fabrik itu juga tidak mudah kedut, menjadikan ia sesuai untuk wanita yang sibuk, malah jubah berkenaan turut diserikan dengan kain sifon, manik-manik dan hiasan untuk efek lebih glamor.

Menurut beliau, abaya Ma’Arab sesuai dipakai untuk semua wanita daripada pelbagai peringkat umur kerana abaya yang ditawarkan cukup berkualiti dengan harga yang mampu milik.

“Produk yang dijual terdiri daripada jubah atau abaya bajet sehinggalah yang bersifat eksklusif,” katanya yang turut memberitahu, pakaian tersebut dijual bermula harga serendah RM100.

Tambahnya, Ma’Arab turut membuat promosi abaya bajet pada setiap bulan bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan abaya dan jubah keluaran mereka.

Ujarnya, beliau berharap jenama Ma’Arab akan mendapat sambutan di seluruh dunia, selain dapat menyebarkan mesej tentang pakaian menutup aurat yang praktikal dan mudah tanpa perlu berbelanja lebih.

“Abaya Ma’Arab boleh didapati secara online di laman Facebook Ma’Arab Store, di Instagram rasmi 
@maarabstore atau WhatsApp ke talian 016-758 7744 selain mengunjungi vendor kami di Lot G-12, Uptown Pandan, Johor Bahru, Johor.

“Sehingga kini, kami telah mempunyai kira-kira 100 orang ejen di negara Asia Barat, seluruh Malaysia, Indonesia dan juga Singapura,” katanya.